Tentang Saya

IbuSrikandi atau IS merupakan jenama yang dibawa untuk mewakili pemilik nama sebenar Noorasmah Karim.

Masih lagi merupakan pendidik anak-anak istimewa dan merupakan ibu kepada srikandi-srikandi dan perwira-perwira permata hati. Berkecimpung dalam bisnes online sejak mengenali Shaklee ketika pertama kali menggunakannya semasa di trimester ketiga anak yang ketiga. Boleh baca tentang pengalaman saya mengamalkan Shaklee pertama kali dalam blog ini.



Mungkin tidak seperti pengedar-pengedar lain yang kini sepenuhnya bekerja dari rumah, saya masih lagi terikat dengan kerja "makan gaji" kerana masih lagi sayangkan anak-anak syurga saya yang berada di sekolah.



Namun, saya mempunyai impian yang besar. Satu hari nanti dalam tempoh lima tahun dari tarikh entri ditulis saya pasti bergelar WAHM Jutawan Muslimah. Doakan juga untuk saya ye!! Saya nampak pada Shaklee untuk saya capai impian-impian tersebut.

Bisnes online ini sangat mudah. Usah risau pada meeting, takut jumpa orang dan macam-macam lagi. Semua ilmu disampaikan secara online dan berjemaah dalam IbuSrikandi Legacy, group secret untuk membimbing mereka yang berimpian untuk menjadi Jutawan Muslimah.

Perjumpaan dilakukan sekali-sekala atas permintaan dan perjumpaan pula secara tak formal. Bisnes ini adalah bisnes sendiri. Kita yang tentukan pendapatan kita. Pendapatan tersebut juga boleh diwarisi. Oleh sebab ia bisnes sendiri maka secara tak langsung ia juga bisnes keluarga. Maka, perjumpaan yang diadakan tidak menghalang untuk anda membawa ahli keluarga kerana rata-rata mereka yang menceburi bisnes Shaklee ini baru sahaja berkeluarga dan juga mempunyai anak-anak kecil. Inilah antara keistimewaan bisnes yang dibawa oleh Shaklee.



Untuk anda di luar sana yang masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan atau ingin merealisasikan impian besar anda, sertai keluarga kami untuk kita berjaya secara berjemaah.

Sertai kami dengan mengisi borang di bawah:
Jana Pendapatan Secara Online

Instagram