5 Tips Agar Tubuh Bertenaga dan Lebih Sihat

Friday, February 02, 2018

Letih dan Lesu

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Che Kaq sering berasa amat letih dan lesu. Barangkali kesibukan dengan urusan dunia hingga menyebabkan waktu tidur terjejas. Jadi, Che Kaq gigihkan diri untuk aktifkan semula rejim meningkatkan tenaga secara sihat dan selamat.

5 Tips untuk Meningkatkan Tenaga Agar Tubuh Sihat dan Cergas

1. Tidur yang Mencukupi

Bagi Che Kaq tidur yang cukup merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengekalkan produktiviti. Rata-rata kadar masa tidur orang dewasa selama 5 hingga 6 jam. Tidur seawal 10 malam dan bangun pagi seawal jam 4 mampu memberikan anda tenaga yang optimum untuk aktiviti pada hari tersebut.


2. Minum Air Yang Cukup

Air amat penting untuk mengekalkan keseimbangan bendalir tubuh. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk melancarkan sistem fisiologi tubuh. Apabila air mencukupi, sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan baik. Terlalu banyak toksin dalam tubuh juga menjadi punca tubuh letih dan lesu. Oleh itu, minum air secukupnya. Penting juga untuk meminum segelas air suam sejurus selepas bangun dari tidur! 



3. Sarapan Pagi

Sarapan pagi juga merupakan perkara yang tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Sistem tubuh telah berehat hampir 6 jam dan perlu dibugarkan semula dengan sarapan pagi. Untuk mengaktifkan semula sistem memerlukan tenaga daripada sarapan pagi. Pastikan sarapan yang diambil adalah betul dan berkhasiat agar tubuh bertenaga dan kita dapat menjalankan aktiviti dengan baik sepanjang hari.

4. Qailulah

Qailulah adalah istilah bahasa arab yang bermaksud tidur sekejap. Untuk tenaga yang optimum hingga petang, ambil masa 15 hingga 20 minit untuk tidur sekejap bagi memberi rehat kepada tubuh yang telah diaktifkan seawal jam 4 pagi. Dalam Islam, Qailulah ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan bertujuan agar dapat bangun awal untuk bertahajud. Jadi, kita juga patut amalkan di samping dapat meningkatkan kecergasan tubuh, kita juga beroleh pahala kerana mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w

5. Senaman

Senaman juga memainkan peranan penting untuk memberi kecergasan kepada tubuh. Buatlah senaman ringan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari hingga berpeluh. Kita akan dapat rasakan tenaga yang melonjak-lonjak apabila badan kita berpeluh. Dengan berpeluh toksin dapat disingkirkan keluar dari tubuh kita.


Kafein

Kebanyakan orang akan memilih kopi sebagai sumber tenaga tambahan untuk kekal cergas. Diketahui kopi paling tinggi kandungan kafein dan boleh menyebabkan ketagihan bagi penggemarnya. Naamun, jika kandungan kafein dalam tubuh terlalu tinggi menyebabkan tubuh menjadi rentan terhadap kafein dan ia tidak memberi kesan kepada tubuh dalam memberikan tenaga.



Jom terjah tentang bagaimana Kafein Mampu Hilangkan Mengantuk


Mari bersama-sama Che Kaq untuk sertai kempen meningkatkan tenaga yang dianjurkan oleh blogger Olie dengan gabungan beberapa blogger. Salah seorangnya ialah penulis blog  Nutrisi Semulajadi iaitu CikPuan Laila. Kami komited untuk anda bertenaga bersama-sama kami.




You Might Also Like

6 comments

  1. Tips yang sngat membantu saya untuk lebih segar dn bertenaga

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yup. Sangat benar. Tapi siap la lepas tu asyik dating kat Mr.Tandas

      Delete
  3. Tips yang menarik. Memang selalu sangat rasa penat2 ni.

    ReplyDelete
  4. Cukup tidur,cukup minum air memang buat badan kekal bertenaga =)

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram