Kafein Mampu Menghilangkan Rasa Mengantuk

Wednesday, January 31, 2018

Zaman muda-mudi Che Kaq sewaktu di kolej dulu memang gemar berjaga malam demi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Sudah pasti bukan Che Kaq sorang aje yang begini, kan? Mungkin pembaca blog Che Kaq pun begitu juga. Pilihan paling hampir semestinya secawan Nescafe tarik untuk menyengkang mata agar tidak mengantuk. Kafein yang terkandung dalam kopi dikatakan lebih mujarab untuk menghilangkan rasa mengantuk. Namun, sejauh mana kebenarannya??

Kafein

Kafein merupakan sejenis sebatian semulajadi yang diekstrak dalam tumbuhan. Kopi ialah contoh paling glamer sebagai sumber kafein iaitu pada bijinya. Selain itu, kafein juga terdapat pada daun teh dan biji koko. Kafein juga boleh dihasilkan secara sintetik.



Pilihan Penawar Melawan Rasa Mengantuk

Baru-baru ini negara digemparkan dengan cerita jaga yang sawan akibat meminum minuman kopi pracampuran yang tidak diketahui kandungannya. Jelas menunjukkan bukan kalangan pelajar kolej/universiti sahaja yang mengambil kafein untuk berjaga malam. Bahkan ia juga menjadi pilihan bagi pengawal keselamatan yang terpaksa berkawal di malam hari.

Kafein merupakan bahan kimia yang mencetus rasa berjaga-jaga atau dipanggil stimulan iaitu sejenis dadah perangsang.

Bagaimana kafein bertindak?



Adenosin merupakan sebatian pada tubuh yang merangsang rasa mengantuk. Kafein pula bertindak sebagai antagonis reseptor adenosin. Ia bermakna kafein akan menghalang reseptor adenosin daripada bergabung dengan adenosin seterusnya menghalang rasa mengantuk.

Apabila memasuki tubuh, kafein akan memberi kesan yang sangat cepat dalam tempoh 30 hingga 60 minit. Separuh hayat dalam tubuh mengambil selama 3 hingga 5 jam iaitu masa untuk menyingkirkan separuh kandungan kafein daripada tubuh manakala selebihnya akan tinggal dalam tubuh untuk jangka masa yang lama.

Kesan Kafein kepada Tubuh

Semestinya terdapat kesan baik dan kesan buruk dalam satu-satu perkara. Kafein dianggap memberikan kesan yang positif terhadap tindak balas, mood dan prestasi minda. Dos biasa pengambilan kafein antara 50mg hingga 200mg. Kafein menjalankan fungsi dengan baik sekiranya diambil tidak terlalu kerap.

Sekiranya kafein diambil secara berlebihan akan memberikan kesan yang buruk. Manakala pengambilan secara kerap menyebabkan kurang berkesan sebagai perangsang kerana tubuh dikatakan sudah bertoleransi dengan kafein.

Antara kesan negatif kafein adalah seperti:
  • gangguan tidur
  • cirit-birit
  • berpeluh-peluh
  • mual
  • kadar degupan jantung meningkat
  • kadar pernafasan menjadi laju
  • terketar-ketar  
Manakala sekiranya pengambilan kafein dihentikan setelah kerap mengambilnya pula akan menyebabkan simptom-simptom seperti sakit kepala, rasa mengantuk, lesu dan gangguan emosi.


Cara Selamat Kekal Bertenaga dan Tidak Mengantuk

Telah dinyatakan pengambilan kafein yang kerap dan berlebihan lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Sebagai langkah selamat dan bebas kafein, CoQ Trol Plus membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk malah menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

CoQ Trol Plus diformulasikan dengan gabungan tokoferol dan resveratrol yang berfungsi sebagai antioksidan. Dengan kepekatan CoQ10 yang tinggi mampu memberikan tubuh anda tenaga yang optimum untuk menjalankan aktiviti harian secara efektif.

Bacaan lanjut tentang >>> CoQ Trol Plus

Segala pertanyaan terus wassap Asma a.k.a Che Kaq



You Might Also Like

7 comments

  1. Alhamdullilah dah dapat lupa kan kopi sekarang. Hilang ketagih kafien

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tahniah berjaya atasi ketagihan kafein. Apa alternatif Olie?

      Delete
  2. Takde pgalaman minum kafein ekeke.. Bau pon dh poninnn

    ReplyDelete
  3. Kalau orang lain minum kopi untuk berjaga tapi sy guna untuk mudah tidur. Badan hilang penat. Tapi kalau dh desperate baru minum. Now tengah nak buang ketgihan koko pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Boleh juga ye minum kopi jadi mudah tidur.

      Delete
  4. Dah lama tak ambik kopi. Tapi dalam teh pun ada kafein juga kan. Hihi

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram