7 Makanan Penyebab Sakit Sendi Lutut yang Perlu Dielakkan

Tuesday, May 23, 2017

Lutut sakit? Pasti tak selesa bila nak berjalan, kan? Segala aktiviti juga menjadi terbatas disebabkan sukar bergerak.



Penyebab Sakit Lutut

  • Kecederaan contohnya pada tulang rawan dan kerosakan tendon atau ligamen.
  • Penyakit tertentu seperti osteoarthritis dan tendonitis.
  • Jangkitan seperti septic arthritis.
  • Pendarahan pada sendi.

Simptom Sakit Lutut

Simptom yang ditunjukkan tidak semuanya sama bagi penderita sakit lutut. Perbezaan ini disebabkan oleh punca yang berbeza-beza. Antara simptom yang ditunjukkan seperti:
  • Bengkak
  • Lutut sukar diluruskan
  • Demam
  • Kemerahan
  • Sendi lutut tak stabil dan sukar menampung beban tubuh

7 Makanan yang Perlu Dielakkan 


  • Makanan yang menyebabkan keradangan. Bukan penderita saja malah kita amat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan anti-radang dan elakkan untuk mengambil makanan yang mencetuskan sakit.

  • Makanan diproses dan bergoreng. Menjauhi hidangan makanan bergoreng atau diproses mengurangkan risiko mendapat keradangan. Sebaik-baiknya lebihkan sayuran dan buah dalam hidangan.

  • Mengurangkan AGE. AGE bukan bermaksud umur kita tu ye tetapi sejenis protein Advanced glycation end product toksik yang terhasil daripada makanan yang dibakar, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
  • Gula putih. Makanan yang tinggi kandungan gula meningkatkan paras AGE. Ini juga mengundang keradangan. Jadi, kurangkan pengambilan makanan tinggi gula dan ambil sayuran dan buah-buahan.
  • Kurangkan pengambilan produk tenusu. Bagi sesetengah orang, produk tenusu mencetus keradangan pada bahagian sendi menyebabkan kebanyakan mereka menukar kepada diet vegetarian.
  • Garam dan bahan pengawet yang lain. Makanan yang diawet memang mampu bertahan lama. Namun, kesannya bagi sesetengah orang hanya menimbulkan keradangan. Jadi, seboleh-bolehnya elakkan makanan tinggi kandungan garam dan masaklah sendiri kerana kita mampu mengawalnya.
  • Alkohol dan tembakau. Kedua-duanya mengundang masalah kepada kesihatan termasuklah sendi. Sebaik-baiknya jauhi kedua-dua perkara ini dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Resveratrol mengurangkan sakit lutut

Resveratrol merupakan sejenis polifenol iaitu antioksidan. Kajian ke atas tindakan resveratrol menunjukkan perubahan yang signifikan untuk sakit lutut. (Untuk bacaan lanjut)






Berhati-hati Memilih Ubat Sakit Lutut

Penderita sakit lutut perlu segera mendapatkan nasihat doktor jika bimbang akan sakit lutut yang dialami. Jika tidak kritikal, doktor hanya akan membekalkan ubat tahan sakit dan krim sapuan.

Jika anda memakan ubat sakit lutut yang memberikan kesan segera, anda perlu berjaga-jaga. Kebanyakan ubat yang begitu mengandungi steroid. Anda tahu kesan jangka panjang pengambilan steroid?

Jadi, kita perlu berhati-hati dalam memilih ubat ataupun suplemen. Jangan disebabkan murah dan memberikan kesan serta-merta anda terjebak. Kesan yang bakal dideritai sepanjang hayat.


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan,

♥NOORASMAH KARIM ♥019-7399253
http://antioksidan.wasap.my/Pengedar Vivix Anda 

Atau klik gambar untuk beli sendiri Vivix anda:

You Might Also Like

2 comments

  1. saya suka blog anda sebab banyak information kesihatan, saya adalah penggemar makanan yang digoreng.. mungkin saya harus mula kurangkan makan makanan tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak atas komentar. Kurangkan yang bergoreng dan mula lebihkan salad dan buah-buahan.

      Delete

Apa Kata Anda

Instagram