Suplemen Tak Mampu Tambahkan Susu Badan

Tuesday, February 16, 2016

Kesedaran Tentang Penyusuan Susu Ibu

Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif hingga 6 bulan dan menyambung hingga umur 2 tahun. 

Walaupun ibu bekerja, penyusuan tidak menjadi halangan kerana sesetengah organisasi sangat fleksibel membenarkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Malah, alat untuk membantu dalam penyusuan susu ibu juga semakin banyak dan pelbagai malah semakin canggih.




Alasan untuk tidak mahu menyusukan bayi dengan susu ibu sukar diterima dengan alasan yang tidak munasabah. Kaunselor-kaunselor lantas yang bertauliah juga semakin bertambah. Perkongsian tentang ilmu penyusuan juga tidak terhad di klinik-klinik ibu dan anak sahaja malah boleh juga didapati secara atas talian.



Suplemen Untuk Tambah Susu Badan

Isu susu merudum merupakan istilah yang hangat diguna pakai bagi mereka yang beralasan untuk tidak mahu meneruskan penyusuan walaupun bayi baru berusia 3 bulan.

Para ibu juga sering dimomok-momokkan dengan mengambil suplemen bagi menambah susu. Apabila ditelan atau minum suplemen tersebut, keadaan masih sama. Susu sikit je, takde pun memancut-mancut!

Sebab itu, ilmu penyusuan perlu dikuasai dengan baik. Konsep Demand vs Supply perlu dipatuhi. Payudara perlu dikosongkan dengan kerap untuk memastikan aliran susu lancar dan penghasilan susu baru dapat berlaku secara berterusan. 

Tujuan utama suplemen bukanlah semata-mata untuk menambahkan susu badan. Jika itu berlaku, ia dikira bonus untuk anda. Ibu yang menyusu memerlukan khasiat dan nutrisi yang cukup bagi membekalkan susu yang berkualiti kepada bayinya.

Bayi yang menghisap susu dengan puas dan kenyang tidur lebih lena dan menjadi lebih aktif. Malah, mempunyai antibodi yang tinggi untuk melindungi diri daripada serangan antigen.



Suplemen yang diambil membekalkan tambahnya nutrisi yang baik selain daripada pemakanan untuk tubuh para ibu. Di samping itu, ia masuk ke dalam susu dan bayi juga mendapat khasiat yang sama.

Testimoni Susu Ibu Meriah Anak Lebih Ceria 




Ikuti Tips Penyusuan Apabila Bekerja 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM ♥Contact :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram