4 Tips Mudah Berhenti Merokok Secara Semulajadi

Saturday, February 13, 2016

Asap Rokok Busuk!



Sejak usia 20-an lagi, bau asap rokok memang melemaskan. Bagi seorang perokok, ia amat menyegarkan dan merokok boleh mendatangkan ilham tanpa mengetahui ia dengan perlahan-lahan mencengkam nyawa.

Statistik

Sumber dari portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang rokok pada 1998.

Jumlah perokok juga meningkat daripada 3.1 juta pada tahun 2007 kepada 4.7 juta dalam tahun 2011. 49 peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju seperti di Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).

Sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000.

Keazaman 

Maka, amat sukar bagi mereka yang telah merokok sedari remaja dulu untuk berhenti. Namun, tiada yang mustahil jika seseorang itu benar-benar berazam kuat untuk berhenti merokok. Sesungguhnya, Allah akan memberi menurut sangkaan kita.


Cara Berhenti Merokok Secara Semulajadi 

  • Air putih

Racun nikotin amat sukar untuk disingkirkan kerana telah sebati dengan tubuh. Air bertindak sebagai agen detoks semulajadi. Tubuh kita amat memerlukan air untuk menyingkirkan kesan-kesan tembakau dan nikotin yang merosakkan tubuh.

Air juga memberi kesan penyembuhan dan pemulihan bagi mereka yang sedang berikhtiar untuk berhenti merokok. Air akan menggalakkan proses detoksifikasi dan mempercepatkan proses serta membantu mengawal ketagihan merokok. 

  • Halia
Bagi mereka yang baru mencuba untuk berhenti merokok, mereka akan berasa mual dan loya pada awalnya. Jadi, untuk menghilangkan rasa loya tu, amalkan pengambilan halia sama ada dalam bentuk tablet, kapsul mahupun teh. Selain itu, halia membantu menghalang keinginan untuk merokok semula.

  • Vitamin

Dalam usaha untuk berhenti merokok, usaha sendirian memberikan hasil yang lambat. Bantuan lain amat diperlukan. Pengambilan multivitamin yang mengandungi Vitamin A, C dan E amat penting untuk memulihkan tubuh serta memberi nutrien yang penting untuk menyingkirkan toksin. Vitamin juga membantu memulihkan tenaga untuk melawan keinginan-keinginan untuk merokok semula.

Penyingkiran toksin merupakan matlamat utama untuk mengatasi ketagihan merokok. Meminum air putih setiap hari memang baik untuk melawan ketagihan. Namun,pengambilan jus anggur setiap hari memberikan impak yang lebih besar dalam usaha untuk berhenti merokok. Kandungan asid dalam jus anggur merupakan penyingkir toksin semulajadi yang membantu menyingkirkan toksin dengan lebih pantas. 


Vivix membantu melawan ketagihan merokok 


Vivix diperbuat daripada anggur muscadine,  lobak ungu, buah elderberry dan Cuspidatum Polyganum. 
Kandungan Resveratrol dalam Vivix sepuluh kali ganda berbanding segelas wain.

Kuasa resveratrol yang kuat menyebabkan toksin yang telah lama berkumpul akibat merokok dapat disingkirkan dengan lebih pantas.

Lazimnya, individu perokok kelihatan lebih berusia berbanding umur sebenar. Oleh sebab banyak toksin yang meresap ke dalam tubuh merosakkan sel dan tisu, Vivix berupaya melawan racun-racun tersebut dengan kuasa resveratrol. Di samping itu, Vivix bertindak melalui empat mekanisme utama iaitu mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel, memperbaiki sel dan meningkatkan prestasi sel. 

Testimoni Legenda Perokok Bebas Rokok 






 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM ♥Contact :019-7399253


You Might Also Like

2 comments

  1. saya sudah cuba semua cara tetapi saya tak boleh berhenti merokok. padahal dah lama saya ingin berhenti merokok.. thanks for share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Pak Widi berhasil usahanya untuk berhenti merokok

      Delete

Apa Kata Anda

Instagram