SMOOTHIES KESUBURAN: CARA KREATIF TINGKATKAN KESUBURAN

Wednesday, December 02, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem |Trusted Independent Distributor |019.739.9253

Menyediakan Tapak Semaian

Mungkin agak sinikal bunyinya. Sebelum bersedia untuk menimang cahaya mata, kedua-dua pasangan suami isteri mestilah bersedia dalam semua aspek termasuklah fizikal.

Ibaratnya macam kita hendak bercucuk tanam, mestilah menyediakan persekitaran yang sesuai, tanah yang subur, medium yang sesuai, nutrien yang cukup agar tanaman yang diusahakan membuahkan hasil.

Begitulah juga dengan suami dan isteri yang ingin menimang cahaya mata. Saya sering menyarankan kepada para pelanggan agar melakukan pembersihan atau 'detox' agar persekitaran yang sesuai dapat dihasilkan bagi membolehkan proses selanjutnya berlaku.

Bagi sesetengah orang, makan berbotol-botol suplemen amat menjerihkan kerana merasakan banyak yang perlu ditelan. Namun, ada je mereka yang sangat tinggi semangatnya untuk menelan aneka jenis suplemen. 

Cara Kreatif bagi Meningkatkan Kesuburan 

Smoothies adalah campuran daripada pelbagai sumber yang berkhasiat untuk kesuburan. 

Bahan-bahan utama yang perlu ada dalam Smoothies anda seharusnya mengandungi:

Antioksidan

Antioksidan sangat penting dalam memastikan keadaan kesuburan berada pada tahap paling baik. Fungsinya untuk melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Sistem reproduktif lebih mudah terdedah terhadap serangan radikal bebas menyebabkan kualiti telur merosot dan juga persekitaran menjadi tidak sesuai serta gangguan fungsi hormon

Mineral dan Vitamin 

Mineral dan vitamin sangat penting untuk kesihatan tubuh. Nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kesuburan seperti kalsium, Co-Q 10, Vitamin E, zink, selenium, asid Folik, vitamin A, vitamin C, zat besi dan sebagainya penting untuk memastikan persekitaran sistem reproduktif berada pada tahap kecekapan yang optimum dan kitaran yang stabil.

Serat

Serat sangat penting untuk sistem penghadaman. Serat juga penting untuk keseimbangan hormon. Di samping itu, serat juga membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. Lebihan gula boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang mengganggu ovulasi dan kitar haid akhirnya mengakibatkan diabetes, obesiti dan komplikasi yang lain.


 Resipi Smoothies Kesuburan 

Campuran buah beri 
Badam
Serbuk Protein (semestinya ESP)
Madu
Minyak ikan ( Omega Guard dipecahkan)
Spirulina /Wheatgrass
Pisang
Yogurt
Debunga lebah
Susu 

Campurkan sahaja bahan-bahan di atas ke dalam pengisar. Jika terlalu pekat tambahkan air mengikut kepekatan yang disukai. 
Mudahkan! Semua khasiat disatukan dan nikmati dengan tenang.


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
 ♥NOORASMAH KARIM
♥SMS :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram