5 Tips Turun Berat Badan Bantu Tingkatkan Peluang Hamil

Wednesday, December 23, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |019.739.9253

Berat Badan Naik Mendadak Menyebabkan Sukar Hamil

Tahu tak bagi pasangan yang menginginkan cahaya mata namun mengalami masalah berat badan yang berlebihan mempunyai peluang yang rendah untuk hamil?



Apa kaitannya? Ada je orang yang begitu boleh hamil je?

Wanita

Ya, betul. Faktor berat badan berlebihan cuma meliputi kurang dari 10% faktor sukar hamil. Namun begitu, masalah utama yang melibatkan wanita yang mengalami berat badan yang berlebihan ialah ovulasi.

Terdapat dua masalah yang biasa dikaitkan dengan berat badan berlebihan; penghasilan estrogen yang berlebihan dan PCOS.

Sel-sel lemak menghasilkan estrogen. Terlalu banyak estrogen dalam badan akan menyebabkan hormon tersebut bertindak sebagai pencegah kehamilan. Ini menyebabkan ovulasi tidak berlaku langsung atau jika ia berlaku,  mungkin tidak cukup.

Manakala, PCOS merupakan gabungan beberapa simptom termasuklah kitar yang tidak teratur, sista di dalam ovari, jerawat, pertumbuhan bulu yang berlebihan, senggugut yang teruk dan sebagainya.

Menurut kajian British Medical Journal, wanita yang terlampau obes ( BMI >38) mempunyai peluang hamil yang rendah. Namun, faktor sebaran lemak tubuh mempunyai impak yang lebih besar terhadap peluang untuk hamil ini. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti epal mempunyai kesukaran untuk hamil berbanding wanita yang mempunyai bentuk badan seperti pir.


Lelaki

Tidak kurang juga bagi lelaki obes yang menginginkan zuriat. Obesiti mempengaruhi kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma, mengurangkan motiliti atau pergerakana sperma serta meningkatkan kerosakan genetik (DNA) menurut kajian The American Society for Reproductive Medicine.

Peningkatan berat badan juga mempengaruhi hormon testosteron; parasnya menjadi semakin menurun.

Capai BMI yang Ideal sebelum Merancang Kehamilan

Bagi pasangan yang mengalami masalah berat badan berlebihan, mereka perlu segera mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan. Melalui penurunan berat badan, ia dapat meningkatkan peluang kehamilan secara semulajadi. Secara tak langsung, kaedah ini dapat mengurangkan bebanan kos yang perlu ditanggung untuk rawatan kehamilan secara klinikal.


5 Tips Turunkan Berat Badan Agar Cepat Hamil

  • Sarapan
Ambil sarapan pada waktu pagi setiap hari. Mulai pagi anda dengan sumber protein dengan gabungan lemak yang sihat. Contohnya, yogurt dengan kekacang, telur dadar, roti gandum atau bancuhan serbuk protein.

  • Kawal saiz hidangan kepada yang lebih kecil

Pastikan makan dengan kerap tetapi dalam saiz hidangan yang kecil. Ini dapat membantu mengawal keinginan makan yang tidak sihat, mencapai berat ideal dan mengawal paras gula dalam darah.

  • Minum air yang cukup
70% kandungan tubuh manusia terdiri daripada air, Setiap 25kg jisim tubuh memerlukan 1 liter air. Purata air yang diperlukan ialah 2 hingga 3 liter sehari.

Kesuburan dapat ditingkatkan sekiranya tubuh dapat kekal terhidrat. Cecair dalam tubuh yang mencukupi juga membantu fungsi dalam tubuh untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap.

  • Bersenam
Aktiviti olahraga atau senaman membantu kesihatan tubuh secara keseluruhan. Melakukan aktiviti ini secara konsisten dapat meningkatkan hormon endorfin dan meningkatkan metabolisme tubuh.

Oleh itu, kecekapan jantung untuk mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh dapat ditingkatkan sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung, tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Selain itu, aktiviti olahraga juga dapat mengawal nafsu makan kerana melaluinya fungsi otak ditingkatkan.

  • Mengurangkan stres
Stres sangat tidak elok bagi anda yang ingin hamil. Wanita yang berada dalam keadaan santai dapat mengawal selera makan mereka. Di samping itu, mereka juga mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengambil makanan yang sihat dan menjalankan aktiviti olahraga secara teratur.

Yoga dan pilates adalah cara yang baik untuk mengurangkan stres. Namun, sebagai orang Islam mendekatkan diri pada Yang Maha Esa itu adalah yang terbaik dengan mendalami kalimah-kalimah suci pasti membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang.


Lakukan tips-tips yang dikongsikan ini dengan konsisten agar dapat mencapai hasil yang diidamkan. 

Nak cuba rejim Inch Loss kami?



Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: ♥NOORASMAH KARIM ♥SMS :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram