PCOS : SINDROM POLISISTIK OVARI

Saturday, December 05, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem |Trusted Independent Distributor |019.739.9253

Pengenalan Kepada PCOS


Istilah PCOS atau bahasa Inggerisnya Polycystic Ovarian Syndrome telah menjadi halwa telinga bagi wanita-wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil. Ia merupakan suatu keadaan yang mempengaruhi kitar haid, kesuburan, hormon, penghasilan insulin, sistem peredaran darah, dan penampilan seseorang wanita yang mengalami PCOS.

Perbandingan antara ovari yang normal dengan ovari yang mempunyai PCOS

Setiap wanita mempunyai kedua-dua hormon kelelakian (baca testosteron) dan kewanitaan (baca estrogen). Namun, bagi wanita yang mempunyai masalah PCOS, paras hormon testosteron adalah lebih tinggi berbanding bacaan normal dan mengalami kitar haid yang tidak teratur ataupun langsung tidak berlaku disertai dengan cyst pada ovari mereka.
"Dianggarkan 5% hingga 10% wanita pada usia subur (20 hingga 40 tahun) mengalami PCOS"

PCOS: Bagaimana ia boleh terjadi?

Amat mendukacitakan bahawa penyebab utama terjadinya PCOS tidak diketahui. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah PCOS turut mempunyai masalah berkaitan berat badan. Para penyelidik masih lagi mengkaji hubungkait PCOS dengan kebolehan tubuh untuk menghasilkan insulin. 
"Antara simptom PCOS ialah penghasilan insulin yang berlebihan oleh tubuh"
Penghasilan insulin yang berlebihan mengakibatkan penghasilan hormon kelelakian yang berlebihan menyebabkan jerawat, pertumbuhan rambut/bulu, berat badan meningkat dan masalah ovulasi.

Simptom PCOS yang anda perlu tahu

Antara simptom PCOS termasuklah

  • Kitaran haid tidak tetap / kadang-kadang atau langsung tiada
  • Masalah kesuburan akibat ovulasi yang tidak tetap ataupun tidak berlaku
  • Tumbuh bulu yang lebat di muka, leher, perut, bahagian belakang badan, tangan dan kaki 
  • Jerawat, kulit berminyak dan kelemumur
  • Sakit pada bahagian pelvik
  • Peningkatan berat badan / obesiti 
  • Tinggi kandungan kolesterol
  • Tekanan darah tinggi
  • Rambut semakin menipis
  • Daging berlebihan (kutil/ skin tags) pada leher atau ketiak
  • Kulit menjadi gelap di bahagian leher, lengan, paha atau payudara
  • Gangguan tidur (sleep apnea)

SIMPTOM PCOS

Diagnosis PCOS

Buat masa ini, tiada ujian yang spesifik untuk mendiagnos PCOS. Seseorang doktor mendiagnos PCOS berdasarkan sejarah kesihatan, ujian darah untuk mengukur tahap hormon dan ujian imbasan ultrasound untuk mengesan sebarang keabnormalan pada ovari dan dinding uterus.

Rawatan PCOS

"Mencegah lebih baik daripada merawat"
Langkah rawatan PCOS bergantung kepada simptom yang dialami oleh seseorang wanita PCOS. Antaranya termasuklah:

Gaya Hidup Sihat

  • Sekiranya berat badan berlebihan, rawatan penurunan berat badan adalah diperlukan. Penurunan 5% memadai untuk keseimbangan hormon dan memulihkan kitar haid dan ovulasi
  • Mengamalkan diet seimbang dengan melebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, serat dan produk tenusu rendah lemak
  • Mengamalkan senaman untuk mempercepatkan penurunan berat badan
  • Jauhi rokok

Terapi Hormon

  • Metformin untuk membantu ovulasi (hanya menerusi preskripsi doktor)
  • Pil Perancang Kehamilan untuk membetulkan kitaran haid
  • Terapi hormon juga membantu mengawal pertumbuhan bulu dan jerawat

Pemeriksaan Berkala

Adalah lebih baik untuk mendapatkan pemeriksaan berkala untuk mengelakkan komplikasi PCOS seperti darah tinggi, paras kolesterol tinggi, kanser pangkal rahim, penyakit jantung dan juga diabetes.

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥SMS :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram