Menjadi Diri Sendiri: Kita adalah Unik

Thursday, December 24, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem
 | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 |


Melihat Orang Lain

Memang menjadi lumrah bagi seseorang itu akan membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain yang satu tahap lebih tinggi. Namun, dia terlupa kerana berbanding dirinya ada juga insan yang berada satu tahap lebih rendah. 

Apabila berterus-terusan membandingkan diri kita akan rasa diri kita mudah kecewa. Akhirnya, sikap negatif tersebut akan terus menebal dalam diri.

Menjadi Diri Sendiri



Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah swt kerana keistimewaan akal yang diberikan. Kita wajib bersyukur tentang itu! 

Manusia juga Allah ciptakan berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Lihat saja cap jari anda dengan pasangan anda, sama tak? Ataupun jika anda pasangan kembar, waima kembar seiras pun tetap akan ada perbezaan.
Jadi, mengapa kita suka membandingkan diri dengan orang lain?

Tetapkan Matlamat

Jelas bahawa kita perlu memperbaharui niat kita setiap hari. Kehidupan kita adalah satu perjalanan yang sementara saja. Jangan buang masa terlalu lama membandingkan diri kita yang masih di takuk lama walhal kita tidak melakukan apa-apa untuk berubah.



Tetapkan matlamat yang ingin dicapai. Usahakan untuk mencapai matlamat tersebut dengan penuh kesungguhan dan konsisten. Sesuatu kejayaan tidak akan dapat dicapai sekelip mata. Di sebalik kejayaan orang yang kita banding-bandingkan itu, adakah kita tahu bahawa sebenarnya di sebalik kegembiraan wajah itu dia juga pernah melalui liku-liku hidup yang sukar. Namun, keazaman dan semangat yang kental dan sentiasa membuatkan dia tidak putus asa. Lantas, hanya menumpukan sepenuh perhatian dan sentiasa meminta kepadaNya agar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jikalau hari ini, kita masih belum mencapai matlamat kita, semak balik diri kita. Apa perkara yang kita masih belum buat, sejauh mana kita konsisten dalam mencapai matlamat kita. Apa strategi baru yang perlu diubah jika strategi yang sebelum ini tidak menampakkan hasil.


Semoga video ini  memberi inspirasi kejayaan kepada anda










Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
 ♥NOORASMAH KARIM ♥SMS/WhatsApp :019-7399253


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram