4 Tips Tambah Berat Badan Buat Anda Nampak Lebih Segar Bukan Seperti Jerangkung dalam Almari

Saturday, December 19, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |019.739.9253 

Terlalu Kurus Sukar Hamil

Majoriti wanita yang sukar hamil disebabkan masalah berat badan berlebihan. Namun, ada juga masalah wanita yang terlalu kurus sukar untuk hamil.

Badan terlalu kurus menyebabkan hormon tidak seimbang 

Wanita memang suka pada bentuk badan yang ramping tapi bukanlah kurus kering dah macam jerangkung. Ini menandakan wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan dan perlu mendapatkan nasihat doktor.

Bagaimana ia boleh berlaku? 

Tubuh yang terlalu kurus mempunyai lemak yang sedikit. Maka, sel-sel lemak juga berkurangan menyebabkan paras hormon estrogen juga menjadi rendah.

Paras estrogen yang rendah menyebabkan kitar haid juga menjadi tidak teratur atau tidak berlaku langsung. Oleh sebab kecelaruan hormon ini menyebabkan wanita yang terlalu kurus sukar hamil.

Jika bacaan BMI tubuh di bawah 20, usahakan untuk menambahkan berat badan bagi tujuan menstabilkan hormon

Tambah berat badan 

4 Tips Menambahkan Berat Badan

Pengambilan makanan tinggi kalori 

Bagi tujuan meningkatkan berat badan secara perlahan dan stabil, ambil 300 - 500 kalori setiap hari. Jika ingin pertambahan yang cepat tingkatkan pengambilan kalori kepada 700 - 1000 kalori.

Pengambilan sumber yang tinggi protein 

Protein membentuk otot tubuh. Pengambilan protein yang mencukupi membantu meningkatkan Jisim otot berbanding di simpan sebagai lemak. 

Untuk meningkatkan berat badan secara stabil, ambil 1.5g hingga 2.2g bagi setiap 1 kilogram Jisim tubuh.

Contoh makanan tinggi kandungan protein seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, kekacang dan sebagainya. Protein juga boleh diambil dalam bentuk suplemen sekiranya sukar ditampung dengan sumber makanan seperti serbuk protein. 

Pengambilan karbohidrat dan lemak 3 kali sehari

Untuk menambah berat badan, karbohidrat dan lemak sangat dititikberatkan kerana kedua-duanya membekalkan sumber tenaga yang tinggi berbanding protein. 

Kekerapan pengambilan 3 kali sehari digalakkan bagi tujuan menambahkan berat badan. Ia juga mesti seimbang mengandungi semua jenis karbohidrat, lemak dan protein pada setiap waktu makan.  

Senaman angkat berat

Untuk memastikan kalori yang berlebihan bermanfaat, lakukan senaman angkat berat. Kalori yang berlebihan akan membentuk otot yang kuat berbanding disimpan sebagai lemak yang berlebihan.

Tidur yang cukup

Waktu tidur adalah saat yang amat membahagiakan bagi organ dan sistem dalam badan. Pada waktu inilah,  sistem akan berehat dan membenarkan perkembangan otot untuk berlaku dengan baik.

Cuba lakukan dulu tips yang dikongsikan ini. Apabila mencapai matlamat baru diteruskan dengan matlamat untuk menimang cahaya mata.

Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya.


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: ♥NOORASMAH KARIM ♥SMS :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram