Suplemen Paling Asas untuk Kesihatan yang Lebih Baik

Wednesday, July 01, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG
Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |019.739.9253 



Kita tidak memerlukan suplemen untuk lebih sihat. Segala bentuk makanan yang seimbang yang masuk ke dalam tubuh sudah memadai untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan setiap hari.

Nasi, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan dan pelbagai lagi sumber makanan mempunyai khasiat yang cukup untuk keperluan harian. Namun, itu waktu dahulu. Bumi masih bersih dan hijau; belum banyak kilang yang didirikan, belum banyak lagi penggunaan teknologi moden dalam pertanian.

Kini, semuanya berbeza. Kehidupan masa kini jauh berbeza berbanding dahulu. Semakin banyak kilang-kilang didirikan, pembangunan pesat, teknologi moden dan bermacam-macam lagi perkembangan di atas muka bumi ini.

Sekarang semuanya nak cepat. Makanan segera, tidur sekejap dan beraneka ragam. Perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran ini menyebabkan kualiti kesihatan kian terjejas.



9 Sebab Mengapa Perlu Mengambil Suplemen

Masih ramai lagi yang mempersoalkan tentang kepentingan mengambil suplemen atau makanan tambahan. Terdapat 10 sebab yang dapat disenaraikan tentang kepentingan pengambilan suplemen:

Keadaan tanah

Teknologi agrikultur komersial kini menyebabkan tanah kekurangan mineral yang penting. Akibatnya, makanan yang diperoleh dari kaedah ini juga kekurangan mineral tersebut.

Tempoh masa dan jarak

Kebanyakan makanan disimpan lama dan tempoh penghantaran ke sesuatu destinasi adalah sangat jauh  menyebabkan kehilangan vitamin seperti vitamin B dan C.

Kaedah Pemprosesan dan Memasak 

Pemprosesan, pengawetan dan kaedah memasak makanan juga menyebabkan kekurangan nutrien dalam bekalan makanan. Perkara ini menyukarkan untuk mendapatkan khasiat yang cukup daripada sumber makanan sahaja.

Teknologi Makanan

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran diubahsuai genetiknya untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tetapi bukan pada nilai khasiatnya. Maka, terhasil sumber makanan yang mengandungi nilai khasiat yang rendah berbanding sumber induknya.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat serta  masalah penghadaman menyebabkan tubuh sukar untuk mengekstrak nutrien yang diperlukan daripada makanan yang diambil.

Ubat-ubatan Farmaseutikal

Penggunaan ubat-ubatan farmaseutikal yang semakin meningkat.Sesetengah ubat-ubatan ini kekurangan nutrien penting menyebabkan semakin ramai yang terdedah kepada kekurangan nutrien tertenntu.

Keadaan Kesihatan

Keadaan kesihatan dan waktu-waktu tertentu dalam sesuatu jangka hayat memerlukan nutrien tertentu pada nilai yang berganda. Sebagai contoh, keperluan asid folik ketika hamil sangat tinggi manakala wanita yang menghampiri menopaus cenderung untuk kekurangan kalsium.

Pencemaran

Keadaan persekitaran yang semakin tercemar seperti pencemaran air, udara dan makanan juga menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih nutrien daripada  biasa untuk menyingkirkan toksin dalam badan melalui vitamin antioksidan A, C dan E.

Genetik

Setiap individu mempunyai kelemahan genetik tertentu seperti tinggi keperluan terhadap sesuatu nutrien, tinggi kadar kehilangan sesuatu nutrien tertentu dan juga peningkatan terhadap pengekspresan gen tertentu bagi sesetengah penyakit jika dikesan kekurangan sesuatu nutrien.
Kebanyakan nutrien telah dibuktikan dapat mengawal atau menghalang sesuatu keadaan kesihatan seperti kolesterol tinggi, arthritis, kecacatan kelahiran dan kanser.

Set Kesihatan Optimum



Kesihatan adalah satu kemestian dan bukan pilihan. Kurniaan yang Maha Esa perlu dijaga sebaik-baiknya. Jika kita boleh berhabis duit untuk gadjet dan aksesori mewah, mengapa tidak kita mewahkan penjagaan kesihatan kita???

Bagi menampung kekurangan nutrien dan mengekalkan kesihatan secara optimum, Shaklee mempunyai rangkaian vitamin penjagaan kesihatan secara optimum. Set Kesihatan Optimum ini terdiri daripada Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ketiga-tiganya merupakan asas keperluan nutrien tubuh.
Kecergasan sepanjang hari
RM235.00 untuk penggunaan 3-6 bulan* (*merujuk kepada vitamin C SR)

Kebaikan Utama Set Kesihatan Optimum:

  • membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh
  • meningkatkan imunisasi tubuh
  • membantu mengurangkan stress
  • memberi tenaga segera dan berpanjangan
  • membantu menjaga kesihatan dan menguatkan memori
  • membantu mengekalkan kesihatan kulit
  • membantu untuk lebih fokus
  • mengurangkan rasa letih dan tidak bermaya 

Vitalea

Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Kini telah berusia 100 tahun sejak penciptaannya.

Istimewanya Vitalea:

  • berbentuk tablet yang diselaputi dengan spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk menyerap dengan lebih maksimum pada usus kecil.
  • sebagai penambah tenaga segera, meningkatkan kecergasan tubuh
  • menyediakan asas nutrisi untuk proses tumbesaran
  • pelengkap nutrisi bagi mereka yang sukar memenuhi diet harian
  • membantu merangsang proses metabolisme tubuh
  • melambatkan proses penuaan
  • melindungi fungsi organ seperti jantung, hati dan buah pinggang

 B Complex

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa B Complex Shaklee lengkap dengan 8 vitamin B iaitu vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan juga biotin.
  • Vitamin B1: mengurangkan rasa lesu atau resah, meningkatkan kecerdasan mental, melancarkan pengaliran darah, meningkatkan stamina, melancarkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme
  • Vitamin B2 : mengurangkan mata letih, katarak, jangkitan lidah serta membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  • Vitamin B3 : mengurangkan pengaliran kolesterol dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut dan sistem pencernaan serta mengelakkan depresi.
  • Vitamin B5 : mengurangkan stres fizikal dan mental serta membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  • Vitamin B6 : penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di otak, mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot.
  • Vitamin B12 : meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengurangkan masalah anemia dan keletihan, untuk kecerdasan otak, kekuatan memori dan fokus, kekuatan fizikal dan keupayaan seksual.
  • Biotin :  membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, masalah rambut beruban, ekzema dan radang kulit.
  • Asid Folik : meingurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, kesihatan fetus, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya. 

Vitamin C Sustained Release

Sebiji tablet vitamin C SR adalah bersamaan 7 biji setengah buah oren bermutu tinggi. 
Kebaikan vitamin C:
  • merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, gusi, rangka dan tulang rawan. Vitamin C meningkatkan kolagen kulit dan mengelakkan otot menjadi kendur
  • memperbaiki simptom pendarahan akibat kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah, lebam, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • meningkatkan sistem imun dan mengatasi masalah alergi dan flu
  • memerangi kanser disebabkan sifat antioksidannya mampu meningkatkan interferon dan merangsang T-cells untuk melawan sel kanser dan bahan kimia berbahaya
  • membantu mencantikkan kulit dengan melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi dan punca jeragat di samping mencerahkan kulit.
  • memperbaiki insomnia
  • mengekalkan kolesterol sihat

Anda MEMANG memerlukan Set Optimum Shaklee jika ANDA ialah

  • LELAKI dan WANITA yang mementingkan kesihatan secara menyeluruh
  • individu yang mudah letih dan tidak bermaya
  • kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • individu yang mudah stres dan sering mengantuk
  • pelajar yang ingin fokus dan mengelakkan letih
  • individu yang sibuk dan tidak dapat mengamalkan diet seimbang

Cara Pengambilan:

1 biji Vitalea (ambil 2 jika ada masalah bacaan Hb yang rendah TERUTAMANYA bagi ibu hamil/menyusu)
1 biji B Complex
1 biji Vitamin C SR

*Tambahan: Set Optimum ini merupakan keperluan asas untuk mana-mana pakej set kesihatan yang disasarkan.

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥SMS :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram