Tips Berpantang Sendiri Tanpa Menyusahkan Mak

Thursday, March 19, 2015

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |
019-7399253 |

Berdebar-debar juga menanti kelahiran yang baby keempat ni. Kali ni memang confirm berpantang sendiri. Terasa macam kelam kabut juga. Pengalaman pertama, kan? Kalau tak tempuh tak tahu, ye tak? Sebab tu kali ni rasa konfiden sikit nak berpantang sendiri, tak nak la menyusahkan mak. Lagipun sebab dah amal set bersalin Shaklee masa anak ketiga, memang puas hati.

Jom tonton testimoni akak ni yang juga pengamal tegar Shaklee:

                  


Tips Berpantang Sendiri

Kalau fikir logik pun tak susah mana nak berpantang sendiri kalau kita jadikan ia mudah. Sebab itu, saya dah memtbuat perancangan dan jadual untuk persiapan tatkala berpantang nanti. Jadual kita tu juga mestilah dikongsi dengan suami agar beliau tahu perkara mana yang patut dibantu. Macam kes IS, kena gunakan sepenuhnya waktu cuti suami nanti. Biasa seminggu awal selepas bersalin memang badan rasa lemah lagi, inilah masanya nak kerahkan tenaga Mr Hubby the Superhero!!

6 persediaan perlu ada untuk berpantang:

Tungku

Kali ni ngengada nak bertungku siap beli set bersalin Ibusuri. Selalu guna botol air panas je. Amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengeluaran darah nifas, menghangatkan badan dan memecahkan lemak degil!! Sekiranya bersalin secara C-Sect, hanya bertungku di tempat selain daripada kawasan luka jahitan, ye.



Tukang Urut

Tinggal kek nismilan ni tak kenal sangat tukang urut. Tapi ada spa untuk rawatan selepas bersalin. Pernah juga masa keguguran dulu, member ni rekemen makcik tukang urut, tapi tak sedap macam dengan mak cik yang biasa mengurut badan IS. Jadi, kali ni try n error sebab hari tu ada kakak ni hulur biz kad untuk urutan bersalin. Anda boleh rujuk senarai tukang urut di seluruh Malaysia, mana tau mungkin membantu. IS paling suka berurut sebab badan akan rasa ringan je.

Bengkung

Kali ni pun spesel jugak beli lagi bengkung, rasanya tetiap kali beranak ada je bengkung baru. Sebab nak berpantang sendiri, IS beli bengkung zap je dari Ibusuri. Harap-harap ok la hendaknya. Lagipun bengkung ni boleh sama-sama pakai dengan Mr Hubby. Amalan berbengkung ni memang elok untuk memegang peranakan agar tak jatuh (orang tua-tua kata) di samping membantu juga mengempiskan perut.
!!!Jika anda bersalin secara pembedahan, tunggu hingga luka jahitan sembuh atau sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda ingin berbengkung!!



Makanan Berpantang

Kita fikir yang mudah-mudah je, jangan bebankan diri tatkala berpantang sendiri ni. Lagipun menu berpantang pun mudah je janji sihat, bersih dan mengenyangkan. Makanan ni penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu di samping bekalan nutrisi kepada bayi yang menyusu badan. Untuk memudahkan anda memasak tanpa berfikir banyak, boleh rujuk menu berpantang ini.
Nak lagi mudah, boleh klik kat Mangkuk Tingkat untuk order.



Mandian Herba

IS memang suka mandi. Jadinya, herba mandi ni dah dibeli awal-awal lagi. Ada bermacam-macam jenis. Baru-baru ni je tau ada gel mandian herba. Tapi takkan la nak membazir kan. Apa yang ada guna je dulu. Bukannya susah pun cuma rendam je herba mandian dalam air panas.


Jamu/Makanan Tambahan

Pernah cuba sewaktu berpantang anak pertama dulu, memang tak serasi. Sembelit jangan cerita la. Rasa nak menangis dalam bilik air...sob..sob..sob..memang panas sampai anak pun tak serasi asyik meragam je. Waktu anak kedua, IS cuba jenama lain, pun sama juga. Memang berazam dalam hati kalau anak ketiga tak berjamu-jamu dah. Alhamdulillah memang betul. Masa berpantang anak ketiga berjinak-jinak dengan set bersalin Shaklee. Serasi, sangat bertenaga dan cergas sampai orang bertanya, awak ni dah habis berpantang ke?" Walhal ketika itu, belum cukup sebulan pun. Sebab itu, rasa yakin nak berpantang sendiri kali ni. Sembelit pun lega ketika berpantang anak ketiga dulu. Susu badan pula memang pekat.





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253


You Might Also Like

4 comments

  1. Assalammualaikum..
    Berpantang sendiri memang mencabar..
    Tapi Alahamdulillah,ianya lebih mudah jika berpandukan tips2 yg dikongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun jua keadaan kita meletakkan sebulat penyerahan kepada Allah s.w.t, kan? Allah kan ada

      Delete
  2. saya tringin nak berpantang sendiri dgn encik suami.. wlaupun ni anak sulung kami.. kami inginkan privasi.. suami pun akn ambil cuti dua mnggu prtama untuk jaga saya.. lpas dah c hat ckit baru nak balik rumah mak pantang sana pulak. sbb mak bkn nya larat sgt..kencing manis.. harap smuanya brjln dgn lancar.. Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Memang elok ada bantuan suami. Sebaik-baiknya biarlah suami kita yang membantu. Kesian kat mak kita kan?

      Delete

Apa Kata Anda

Instagram