Rahsia Awet Muda dengan Senaman

Sunday, December 14, 2014

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem|Trusted Independent Distributor |
019-7399253 |

Salam hujung minggu!!!

Nilah masanya nak manja-manjakan diri. Mungkin ada yang bersantai-santai, ada yang keluar membeli-belah dan ada juga yang menghabiskan masa dengan berzumba!!

Bersenam memberi pelbagai manfaat kesihatan. Di samping memberikan kecergasan, bersenam juga membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan paling best sekali senaman mampu membuatkan diri lebih muda 10 tahun.

Senaman memang amat penting selain pemakanan seimbang, pengambilan suplemen dan menjauhi aktiviti yang tidak sihat. Maka, dengan sukacitanya hari ini nak berkongsi tips senaman muka untuk wajah tegang, muda dan berseri.

Senaman Mencantikkan Bentuk Wajah

1. Buat senaman muka - menyebut huruf vokal a e i o u setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali semasa mengadap cermin.

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan - setiap pagi/petang/malam sebanyak 40 kali semasa mengadap cermin - untuk mengurangkan dagu berlapis (double chin).

3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu - setiap bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut - untuk mengurangkan double chin.

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit - untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.

Ambil sedikit masa anda untuk membuat mana-mana mimik muka seperti di bawah ini:


Anda juga boleh mengamalkan urutan wajah sendiri di rumah tanpa perlu ke spa. Ikuti langkah-langkah urutan tersebut :




 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram