Punca Menyebabkan Kulit Kusam Wajah Tidak Ceria Hilang Keyakinan Diri

Thursday, December 04, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Setiap wanita dambakan kulit yang putih, gebu, segar dan sihat. Ramai yang sanggup berhabis ringgit untuk rawatan kecantikan. Tidak kurang juga yang mudah terpedaya dengan lambakan produk kecantikan kulit untuk kesan segera.

Kulit yang bersih, gebu dan segar mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri seseorang wanita. Wajah yang tidak bermaya, kulit kusam, bermaya, berjerawat dan pelbagai masalah kulit inilah yang menyebabkan wanita berasa tidak yakin dengan penampilan diri.

Ada beberapa sebab yang menjadi masalah kulit ini wujud:

  1. Stres

Stres menyerang tidak kira sesiapa. Ia merupakan musuh kepada diri jika tidak berusaha mengatasinya boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Stres menyebabkan kelenjar yang mengawalatur emosi meningkat dan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat,  gatal-gatal, ekzema dan sebagainya. 

2. Diet yang tidak seimbang dan tidak teratur 

Wanita juga sangat suka berdiet. Namun, ada di antara mereka tidak menjalankan program diet secara seimbang dan konsisten. Justeru, ia boleh menyebabkan tubuh dan kulit kekurangan nutrisi penting dan menjadi kekurangan tenaga. Ada sesetengah pula terlalu ketat dengan rejim diet yang diamalkan hingga menyebabkan tubuh kekurangan asid lemak yang baik dan menghilangkan kesegaran kulit. 

3. Kesan sinar ultraviolet

Terdedah kepada persekitaran terbuka dan di kawasan lapang menyebabkan pigmentasi dan penuaan kulit yang akhirnya menimbulkan bintik hitam. Jika dibiarkan tanpa rawatan tidak mustahil boleh mengaktifkan sel kanser. Oleh kerana itu penting menggunakan perlindungan UV ketika berada di luar untuk mengurangkan kesan radikal bebas.

4. Kurang waktu rehat dan waktu tidur yang tidak teratur 

Waktu rehat yang kurang dan masa tidur yang tidak menentu mempengaruhi keserian kulit wajah. Wanita yang kurang tidur dan rehat akan nampak lesu, mata yang sembap dan kurang bersemangat. Pada waktu tidurlah, kulit dan tubuh berehat untuk pembentukan sel-sel baru dan menyingkirkan sel-sel yang telah mati.

5. Merokok

Jangan pelik jika anda melihat ada wanita yang merokok. Sebenarnya kesan rokok kepada wanita lebih dahsyat berbanding lelaki perokok. Ini disebabkan hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengikat dengan baik kandungan rokok yang dihisap. Terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan merokok menyebabkan wanita perokok kelihatan 10 tahun lebih tua dari usia sebenar. Merokok menyebabkan peredaran darah terganggu menyebabkan oksigen tidak sampai ke kulit. Selain itu, rokok juga menyebabkan wajah kusam dan timbul bintik hitam. 

6. Kesan sampingan penggunaan kosmetik 

Setiap wanita mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Ada yang berkulit normal,  kulit kering, kulit berminyak,  kulit kombinasi dan kulit sensitif. Produk kosmetik yang dijual di pasaran pun melambak dengan kandungan merkuri, alkohol dan campuran pelbagai bahan kimia untuk menepati kesesuaian kulit yang diidamkan oleh wanita. Namun, akibat penggunaannya menyebabkan kulit menjadi hitam, berjerawat dan mengelupas. 

Cadangan untuk kulit sihat segar bugar dan awet muda dari Shaklee 

Shaklee menawarkan produk yang bersesuaian mengikut masalah kulit dari penjagaan luar hingga penjagaan dalaman.




Kedua-dua cara penjagaan ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Yang penting Shaklee menawarkan produk yang semulajadi,  selamat dan berkesan. 

Antara testimoni pengguna produk Shaklee yang ternyata berpuas hati:







Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram