Check up di Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta

Tuesday, December 23, 2014

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 |

Salam sayang buat semua...
Di kedinginan pagi indahnya kalau dapat bergolek-golek lagi atas katil. Hujan renyai-renyai amat mendamaikan. Namun, kupanjatkan doa agar mangsa-mangsa banjir sentiasa bersabar dan tabah apabila ditimpa musibah ini. Disebalik musibah banjir ada tersembunyi beribu-ribu hikmah. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Kubingkas bangun bersiap untuk ke klinik bagi lawatan pemeriksaan bulanan. In sha allah kandungan kini berusia 24 minggu dan berbaki 14 ke 16 minggu lagi!! Kalau diingat-ingat kembali sebenarnya ingin juga buat pemeriksaan di klinik swasta. Pernah juga kusuarakan hasrat hati pada abang. Walaupun tidak kisah, tapi beliau berat menyuruhku membuat pemeriksaan di klinik kerajaan sahaja.

Ada betulnya. Setelah kuamat-amati dan memerhati, bertanya pengalaman individu yang masing-masing membuat pemeriksaan di klinik kerajaan dan swasta, masing-masing dengan jawapan tersendiri.

Pada hemahku, kedua-duanya ada pro dan kontra bergantung pada keperluan masing-masing. Walaupun kumampu, aku lebih selesa menjalani pemeriksaan di klinik kerajaan bukan SEBAB PERCUMA. Servis yang diberikan masih terbaik. Alhamdulillah. Kalau kena marah pun kutahan saja..tapi rasanya macam belum pernah lagi.. Sebab pemeriksaannya teliti sekiranya kita menghadapi masalah ketika hamil, kita akan dipantau sehingga keadaan menjadi terkawal.

Pernah ketika pemeriksaan bulan lalu, berat badan naik mendadak dan kudiminta ke klinik selang sehari untuk pemeriksaan tekanan darah kerana dibimbangi darah tinggi. Dengan rela hati kuturuti nasihat jururawat. Alhamdulillah tiada apa-apa yang membimbangkan. Semoga selamat hingga melahirkan dan membesarkan baby ni.

Klinik kerajaan vs Klinik Swasta??

Kedua-dua sama je. Cuma yang membezakan kos dan masa. 
Terpulang pada pilihan masing-masing!! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram