5 Tips Awet Muda Bermula Dari Sekarang!!

Monday, December 15, 2014

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |
 019-7399253 |



Memang teruja kalau orang cakap diriku ni umpama remaja sekolah!  Hahaha..memasuki era 3 siri memang banyak cabaran; kesihatan dan kecantikan!!

Seelok-eloknya penjagaan kesihatan dan kecantikan ini bermula sejak dari awal lagi!! Semakin meningkat usia, kolagen dalam badan semakin berkurangan ditambah pula dengan faktor persekitaran dan gaya hidup serta pekoran membuatkan kita akan lebih cepat tua daripada usia.

Untuk kelihatan awet muda secara semulajadi, ingin saya kongsikan 5 tips untuk terus kekal remaja:


  • Membersihkan wajah secara maksimal
Wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi secara maksima. Pastikan anda mengambil berat tentang perkara seperti membasuh muka dengan air suam dan gunakan pencuci muka yang sesuai. Bilas wajah dengan menggunakan span bersih. Gunakan penyegar dan pelembap serta serum untuk rawatan wajah harian.


  • Mulakan dari awal 
Jika anda berusia 20-an,mulakan perawatan anti penuaan dari sekarang!!! Lengkapkan rawatan wajah dengan penggunaan serum, krim malam dan krim mata. Pilih produk yang sesuai untuk usia anda. Kandungan dalam produk-produk tersebut bertujuan untuk mencegah timbulnya tanda-tanda penuaan dan mengawal proses metabolisme sel wajah secara stabil. Elakkan juga pemakanan yang berlemak dan manis yang berlebihan untuk umur yang lebih panjang dan kulit yang lebih sihat.
  • Bersenam 
Jadikan senaman sebagai rutin sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 hingga 60 minit. Senaman bukan sahaja baik untuk tubuh dan jantung malah ia merangsang hipotalamus untuk merembeskan hormon anti penuaan yang tinggi. Lakukan senaman yang ringkas andaikata tidak sempat bermula dari bangun tidur. Buat regangan dan berjalan-jalan sekeliling rumah selama 15 minit memadai sebagai permulaan. 


  • Mengamalkan masker semulajadi 
Manjakan kulit wajah dengan masker buatan sendiri. Masker putih telur dengan perahan lemon menegangkan wajah, mengecilkan pori-pori dan melembabkan kulit. Vitamin C pada lemon bertindak sebagai antioksidan. Anda boleh juga mencuba masker tomato, yogurt dan sebagainya. Amalkan bermasker seminggu sekali. 


  • Rehat Yang Berkualiti 
Tidur yang cukup memberikan rehat kepada tubuh untuk menjalankan aktiviti baikpulih sel setelah bekerja sepanjang hari. Tidur yang cukup mampu mengurangkan stres. Pastikan tempat tidur anda benar-benar selesa dan bebas daripada gangguan seperti laptop, buku dan sebagainya. Elakkan mengambil makanan berat pada lewat malam yang akan membebankan sistem pencernaan anda. Elakkan juga pengambilan air yang banyak sebelum tidur kerana ia akan membuatkan anda bangkit untuk ke tandas!!




 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram