Persediaan Menjelang 2015: Harga Ringgit Semakin Jatuh, GST Bermula

Wednesday, December 03, 2014

PENGEDAR SHAKLEE AMPANG Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor |
 019-7399253

Pening-pening!! Baru bulan Disember nak beli persiapan anak sekolah mungkin bukan seorang, keperluan rumahtangga dan keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu. Meneliti berita dari luar negara tentang keadaan ekonomi negara sendiri amat meruntun jiwa. Nilai ringgit Semakin Jatuh!



Teringat waktu kecilku, ibu selalu membeli-belah di negara jiran Singapura selepas setiap kali pulang menjenguk keluarga di sana. Warga kota Singa dahulunya tidak hairan membeli-belah di sini kerana nilai Matawang yang setara. Namun kini, diam tak diam sebenarnya warga kota tersebut telahpun mengumpul aset di negara kita di samping gemar membeli-belah di sini berikutan susutan nilai mata wang sejak akhir-akhir ini.

Takkan mahu mengemis di negara sendiri???

Lagi pula kerajaan bakal menguatkuasakan GST mulai 2015.

Mungkin banyak perspektif negatif tentang GST. Namun, takkan kita mahu hanya bertindak tunggu dan lihat??

Hanya berharap pada suami untuk menanggung semua itu kini tidak lagi relevan. Benar suami wajib memberi nafkah kepada keluarganya. Apakah akan terjadi kepada diri sendiri dan anak-anak jika ditakdirkan suatu hari nanti suami pergi dijemput Ilahi? Memanglah kita berdoa agar dapat bersama sehingga ke hujung nyawa. Tapi itulah hakikat kehidupan yang tak akan kekal selamanya?


Bukan hendak menakut-nakutkan!!

Terfikirkah kita apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak kita sekiranya kita juga pergi menghadap Ilahi. Berapa banyakkah simpanan kita untuk menampung anak-anak yang bakal ditinggalkan? Mengharap pada keluarga dan keluarga mentua?? Mereka juga punya tanggungan. 

Sebelum kita ditinggalkan adalah lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. 

  1. Didiklah anak yang kita ada dengan kasih sayang menurut Rasulullah s.a.w pernah ajarkan.
  2. Didiklah anak mengikut acuan agama Islam. Pengaruh teknologi dan zaman kini teramat mencabar. Agama sahaja menjadi benteng untuk mereka kuat mengharungi apa jua cabaran sekalipun.
  3. Didiklah anak-anak dengan kemahiran hidup agar mereka berdikari dan tidak bersikap meminta-minta. 
  4. Mula berniaga sekarang!! Mula dengan apa yang ada.


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥FB Page:Ibusrikandi
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram