Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerja Agar Tak Risau Anak Lapar

Wednesday, November 19, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerja

Kesedaran tentang penyusuan susu ibu semakin mendapat perhatian bagi ibu-ibu bekerja. Kalau dulu hanya surirumah sahaja yang melaksanakan penyusuan ini namun kini tidak menjadi halangan bagi ibu-ibu yang bekerja. Khusus bagi ibu-ibu bekerja, mereka hanya perlu tingkatkan ilmu penyusuan terutamanya cara pelaksanaan penyusuan walaupun sedang bekerja.


3 Tips Hebat Menjayakan Penyusuan Bagi  Ibu Bekerja 

  • Sebelum cuti bersalin 
Seelok-eloknya sebelum mula bercuti, bawa berbincang dengan ketua atau majikan untuk menyusukan anak. Perincian yang perlu dibincangkan contohnya seperti :

#waktu mengepam atau waktu untuk menyusukan anak
#kemudahan mengepam susu di tempat kerja (bilik/ruang khas, peti sejuk dan sebagainya.) 
#waktu anjal untuk ibu-ibu bekerja (jika ada)
#kerjasama dan persefahaman antara rakan sekerja /sepejabat



  • Semasa cuti bersalin 
Inilah masanya untuk mengurus persiapan mental dan fizikal sebelum kembali bekerja. Pada tempoh ini, sambil meningkatkan ilmu penyusuan dari semasa ke semasa, ibu boleh mula mengepam untuk melatih diri. Penting untuk ibu menguasai kemahiran menyusukan bayi sendiri sebelum mula mengepam. 


Pemilihan pam yang sesuai mengikut ibu dan jenis pekerjaannya juga turut memainkan peranan. Ibu-ibu boleh mencuba dulu jika berpeluang untuk menentukan keserasian mengepam.

Pemilihan bekas susu juga penting. Susu boleh disimpan menggunakan botol, bekas plastik atau liner yang khusus untuk menyimpan susu.  

Latih mengepam, menyusukan bayi dan membuat stok susu. Ajar bayi rutin baru iaitu berpisah daripada bayi sebentar kemudian tingkatkan masa sedikit demi sedikit. Jangan terus-terusan meninggalkan bayi untuk tempoh yang terlalu lama dikhuatiri bayi merajuk.

Minta bantuan ahli keluarga atau pembantu atau pengasuh untuk memberikan susu sama ada menggunakan sudu, cawan kecil atau botol. Elakkan menggunakan puting kosong!!!


  • Selepas cuti bersalin
Kini, ibu-ibu telah kembali bekerja!! Jangan risau akan keadaan bayi di rumah kerana ibu-ibu telah membuat persiapan rapi sebelum kembali bekerja. 

Mulakan rutin mengepam di tempat kerja sebagaimana yang telah dipraktikkan sewaktu cuti dahulu. Pastikan patuhi jadual mengepam yang telah dibuat. 

Terus menyusui bayi sejurus pulang bekerja. Susui bayi selama mana yang mungkin untuk mencipta kembali hubungan setelah beberapa jam ditinggalkan.

Selepas menyusukan bayi, kosongkan payudara sama ada menggunakan pam atau memerah menggunakan tangan untuk memastikan bekalan susu yang berterusan. 

Cabaran bagi ibu bekerja ini sudah pasti rasa penat, lesu, stres, tidak dapat memenuhi keperluan zat yang seimbang dan juga senaman. Sebab itu, faktor kesihatan ibu amat penting dalam menjayakan misi penyusuan. Cabaran-cabaran yang dinyatakan tadi jika tidak diatasi dengan baik boleh menyumbang kepada kekurangan susu ibu. 


Sesetengahnya mengambil langkah pintas dengan memberikan SUSU FORMULA!!! Sedangkan hak si anak itu mendapat susu ibu selama 2 tahun melainkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  
Amalan pengambilan makanan tambahan atau suplemen sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan kesihatan ibu. Kesihatan fizikal dan emosi ibu amat mempengaruhi kualiti dan kuantiti susu ibu.


Set Penyusuan Shaklee telah membanti ramai ibu bekerja di luar sana untuk menjayakan misi penyusuan bayi mereka. Alhamdulillah. Kebaikan yang diperoleh untuk perkongsian bersama. 

Pelaburan untuk Kesihatan Paling Murah

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram