Tips Mengawal Pengambilan Gula Bimbang Kena Potong Kaki!!!!

Thursday, November 20, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Jika kita sebut gula sahaja, ramai yang akan mengaitkannya dengan diabetes. Hampir 30 juta individu menghidap diabetes jenis 2 manakala 70 juta yang lain tergolong dalam kategori pre-diabetes. Oleh sebab itu, langkah mengawal pengambilan gula dalam diet seharian adalah penting untuk mengelakkan risiko diabetes.

Namun sedarkah kita sebenarnya gula juga dikaitkan dengan 60 penyakit lain?

Kajian para penyelidik banyak menyimpulkan tentang pengambilan gula secara berlebihan menyebabkan peningkatan penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit-penyakit lain.

Bagaimanakah gula berupaya mencetus pelbagai penyakit tanpa disedari??

Menurut salah seorang pakar kesihatan, gula sebenarnya tergolong dalam kumpulan karbohidrat. Jenis gula yang sering digunakan pula ialah sukrosa padat iaitu sejenis kristal putih atau juga dikenali sebagai gula bertapis. Gula ini telah diproses menyebabkan nutrisi yang terkandung pada asalnya telah dibuang.


Jom kenal jenis-jenis gula

  • Gula semulajadi
#Gula semulajadi tidak diproses dan kandungan kalorinya rendah di samping tinggi nutrien. 
#Jenis gula ini tidak memberi impak yang besar terhadap bacaan gula dalam darah.
#Selagi tidak diproses dan tidak diambil secara berlebihan, gula jenis ini memberi kesan baik terhadap kesihatan. 
#Contoh gula dalam jenis ini seperti fruktosa atau gula buah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran,  maltosa pada malt barli, glukosa pada buah,madu dan jagung dan laktosa pada susu.
  • Gula terproses 
#Merupakan gula bukan semulajadi yang telah ditapis.
#Diperoleh dari sumber tumbuhan. 
#Kandungan vitamin, mineral dan asid amino serta khasiat lain hilang akibat pemprosesan. 
#Contoh gula pasir, gula perang dan pepejal sirap jagung. 
  • Gula buatan
#Contoh gula buatan seperti Aspartame, Acesulfat K dan Sucralose. 
#Gula buatan ini merupakan antara faktor penyebab kepada masalah kesihatan. 
#Contoh makanan yang mengandungi gula ini secara tersembunyi seperti kek, aiskrim, minuman berperisa, gula-gula dan sebagainya.


Sebenarnya tubuh kita langsung tidak memerlukan gula pasir yang sering kita nikmati dalam menu harian kita. Sudahlah tiada kandungan zat yang berkhasiat malah tidak memberi manfaat langsung kepada tubuh.

Pengambilan gula tersebut menimbulkan masalah kepada tubuh untuk mencerna dan menyingkirkan gula tersebut. Akibatnya, ia akan berkumpul dalam tubuh membentuk asid piruvik. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf, sel-sel otak dan juga selepas darah merah. Ia juga turut mengganggu sel untuk bernafas yang mengakibatkan kekurangan oksigen dan boleh mencetuskam kerosakan dan kematian sel. 

Di samping itu, gula berlebihan dalam tubuh ditukarkan kepada asid lemak yang membentuk lemak di sekeliling organ. Ia juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan virus serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. 

Mengapa kita tidak memerlukan gula terproses? 

Makanan yang kita makan seperti nasi, ikan, daging, sayur, buah dan banyak lagi boleh ditukar kepada tenaga oleh tubuh. Sekiranya perlu,  gula yang berasaskan tumbuhan lebih sesuai digantikan dengan gula terproses. 

Apakah tips Hebat yang boleh diambil untuk mengawal pengambilan gula? 

  1. Menukar pengambilan gula putih kepada gula perang. 
  2. Mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang sering tinggi. 
  3. Mengurangkan makanan yang diproses kerana iablebih tinggi kandungan gula.
  4. Jika makan di luar, pesan kepada pelayan untuk mengurangkan gula atau tidak menggunakan gula langsung. 
  5. Sentiasa membaca label makanan sebelum membeli dan menggunakan. 
  6. Gantikan makanan ringan seperti kek dan biskut dengan buah-buahan segar. 


Diet lebih gula ssebenarnya memaksa pankreas untuk bekerja keras bagi mencerna gula tersebut dalam badan. Lama-kelamaan pankreas menjadi lemah dan menyebabkan masalah diabetes!!! Pesakit juga akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian akibat timbunan gula dan lemak. 
Lebihan lemak yang tidak dapat digunakan oleh tubuh akan disimpan dalam hati,jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Keadaan ini mendedahkan kita kepada hati dan buah pinggang berlemak, kanser, obesiti dan diabetis. Gula yang berlebihan ini juga menghalang fungsi sistem imun menyebabkan risiko masalah seperti selsema, demam, alahan dan jangkitan.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram