Tips Memperkenalkan Cawan kepada Si Manja

Tuesday, November 25, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522


Bagi saya mengajar anak minum menggunakan Cawan tiada masalah. Yang menjadi kebiasaan ialah masih lagi mengguna botol susu untuk minum susu. Bagai satu kepuasan bagi mereka terutama anak yang sulung dan yang kedua. Kini, saya cuba melatih anak yang ketiga untuk minum susu terus dari cawan. (tahap kerajinan berkurangan nak sental botol susu banyak-banyak)

Nak ajar anak minum menggunakan Cawan sebenarnya ada peringkat-peringkatnya. Bukan main terus bagi cawan, tersedak anak tu nanti.

Di pasaran sahaja, terdapat pelbagai jenis cawan yang ada straw, yang terus sedut dan yang terus hirup.


Pada peringkat awal, perkenalkan si manja dengan puting anti komik dengan lubang 'x' agar dapat mencegah minuman daripada tumpah dan mencegah kolik.

Sekitar umur 9 bulan ke atas, cuba perkenalkan cawan yang mempunyai straw atau yang disedut secara terus.

Bagi setahun ke atas tentu si manja sudah pandai minum sendiri dari gelas biasa atau bekas yang sesuai dengan usia mereka.

Jangan risau tumpah kerana itu sebenarnya proses pembelajaran mereka untuk mengasah kemampuan motor mereka.

Kenapa perlu pelbagaikan pelbagai bentuk hujung gelas kepada si manja?

Menurut pakar psikologi, selain dijadikannya pilihan, ia juga merupakan bentuk stimulasi otot mulut Si manja. Jika menggunakan botol susu sahaja, ototnya tidak terangsang. 

Tips Memperkenalkan Cawan kepada Si manja :

  • Pastikan waktu yang sesuai ketika anak anda sihat fizikal dan dalam keadaan tenang. 
  • Mulakan secara berperingkat. Contohnya jika anak anda minum tiga kali sehari, jadikan dua kali minum dengan botol dan sekali minum dengan cawan. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa. 
  • Pilih gelas atau cawan yang sesuai dengan mereka dan pastikan ia menarik. 
  • Tunjukkan contoh memegang dan cara minum yang betul. 
  • Anda perlu konsisten memberi anak minum menggunakan gelas atau cawan.
  • Berikan minuman kegemaran mereka menggunakan cawan. Dengan cara ini mereka akan minum dengan lebih bersungguh-sungguh. 
  • Berikan pujian dan galakan kepada anak anda.
(kredit:Majalah Pa&Ma)

Sediakan juga keperluan si manja anda yang berusia satu tahun dan ke atas dengan nutrisi lengkap : Set Anak Bijak

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram