Tadika Swasta untuk Najihah

Wednesday, November 12, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Setelah misi mencari prasekolah untuk Najihah mencapai jalan buntu, akhirnya aku sepakat setelah berbincang dengan encik Suami untuk menghantar Najihah ke sekolah swasta. Tadika yang dipilih ialah Tadika Al- Falah.

Mengapa tadika Al Falah?

Setelah mendapat beberapa review dan testimoni daripada ibu bapa yang pernah menghantar anaknya ke situ, ia menguatkan hujah untuk menetapkan Najihah untuk memulakan pendidikan formal di situ.

Lagipun ia menepati kehendakku nak hantar ke tadika yang Islamik. Setelah membuat perjumpaan dengan pengurusan tadika tersebut, rasa lega dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Namun, harapan tinggi juga agar Natijahnya biarlah seindah yang dikhabarkan. 

Sebab kedua, tadika ni lebih dekat dengan rumah sewa dan rumah pengasuh. Tambahan ada servis pengangkutan pergi dan balik. Kalau Umairah sebab sekolah bersebelahan kena jalan kaki je. Jadi, kalau balik lewat boleh dihantar terus ke rumah pengasuh. 

Sebab ketiga, tahun depan in sha allah bertambah lagi ahli keluarga. Kemudian merancang berpantang sendiri. Suami pun jauh. Mak pun jauh. Mak mertua bekerja. Lagipun malas lah nak susahkan mereka. Memang terpaksa berdikari. Jadi, pemilihan tadika ini memberi kemudahan untuk pengurusan tahun hadapan. Umairah pun daftar KAFA di situ juga. Setempat saja maka tak perlu berpatah balik untuk menjemput berbanding jika didaftarkan KAFA di sekolah rendahnya.

Alhamdulillah. Setakat ini perancangan persekolahan anak-anak baik-baik saja. Cuma tinggal ingin membeli kelengkapan sekolah sahaja. 
Najihah bila dapat tahu tentang sekolahnya terus menyarung Stokin si kakak. Sabar ye nak..tunggu ayah serah bajet. Nanti ibu beli yang baru.




Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Viitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram