Pengalaman Hamil: Minum Air Sejuk, Boleh ke?

Tuesday, November 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Semoga sihat-sihat belaka pembaca blog Ibusrikandi. Tetiba rasa nak sharing pengalaman Hamil yang ni. Kalau ikutkan yang ke 5 tapi yang satu tak jadi.

Masa awal-awal hamil, sebenarnya tak sedar pun hamil tapi rasa macam ada lain sikit. Apa la ayat ni..boleh faham ke? Bila buat UPT keputusannya negatif. Lepas tu datang pulak miss P. Memang tak syak la nak hamil.

Masa tu hari raya pertama. Kalau ikut pengiraan, memang la dah patut datang miss P. Tapi tengok 'clear' lepas tu takde pula tanda-tanda macam sakit perut ke apa ke, yelah tanda-tanda nak datang bulan. Sebab masa bulan puasa tu memang tak cukup la sebulan. Cepat-cepat cakap dengan abang. Tetiba rasa lembik lutut jap macam tak percaya.

Lepas balik beraya, terus minta abang singgah Guardian nak beli UPT. Ok. Konpem. 2 line. Huhuhu..memang buat senyap je tak bagi tau sesiapa lagi. Walaupun mak sendiri. Tak tau la kenapa macam nak berahsia pulak.

Bila imbas kembali, ada juga perubahan diri. Kawan-kawan siap cakap badan nampak berisi. Lepas tu perut macam dah naik. Dengan yakinnya balas kat kawan tu cakap angin. Lagipun selera makan macam naga. Hahaha..yang paling penting minum air sejuk sampai sekarang (dah nak masuk 5 bulan).

Ada mitos kata waktu hamil tak elok minum air sejuk atau berais. Nanti kembanglah, baby besar, kejang dan macam-macam lagi pantang larang. Bab pantang larang ni memang ada nakal sikit. Biasalah kalau badan rasa panas dalam tempoh begini. Air sejuk la jawabnya.

Apa-apapun kalau berlebihan memang mendatangkan mudarat. Kena seimbangkan. Yang penting makan kena cukup zat, buat senaman ringan sedikit dan banyakkan amalan Rohani.

Bab kembang urat tu tak pasti kaitan dengan minum ais (kalau ada input boleh komen di bawah). Tang baby besar tu sebenarnya sebab pengambilan gula berlebihan. Sebab tu makan nak kena jaga. Mengidam mengidam juga tapi jangan mengikut nafsu dan emosi. Dan kalau kejang tu sebenarnya sebab kurang kalsium dan magnesium yang diguna oleh janin. Jadi, untuk menambah keperluan kalsium amalkan Ostematrix untuk masalah kejang

Untuk keperluan suplemen sepanjang tempoh kehamilan, klik untuk tempahan!! 

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram