Menjayakan Penyusuan Susu Ibu: Panduan Memilih Pam

Monday, November 10, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Sejak kesedaran datang ketika pernah gagal menyempurnakan penyusuan anak sulung suatu ketika dahulu, semangat datang semasa hamil anak kedua. Ketika itu, bertekad untuk memekakkan telinga dan terus menerus menggali ilmu tentang penyusuan. Alhamdulillah, berjaya menyusukan Najihah hingga 3 tahun 6 bulan dan Hanisah cuma hingga 1 tahun 4 bulan sahaja.  Kes Hanisah disebabkan sejak hamil yang baru ni perubahan rasa susu menyebabkan dia menjauhkan diri. Tak macam Najihah. Main bedal jek. Sekarang pun nak lagi walhal dah nak masuk prasekolah.

Apapun, semasa datang semangat penyusuan itu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Terutamanya soal pembelian pam. Sebelum ini hanya menggunakan Pam manual yang dalam bekas silinder tu memang menguji kesabaran. Untuk menjayakan misi penyusuan,  berbincang dengan suami untuk melabur dalam pembelian pam susu yang lebih moden. Dalam tempoh 6 bulan, 2 pam digunakan ; Spectra 3 dan Medela Freestyle. Beribu juga dilaburkan namun penggunaannya adalah untuk jangka panjang. Kalau setakat nak seorang anak, guna kaedah Marmet lebih jimat.

Pemilihan pam adalah optional. Jika ibu mampu menggunakan kaedah manual iaitu menggunakan tangan yang dipanggil kaedah Marmet,  maka teruskan. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya penggunaan pam amat disyorkan untuk menjimatkan masa.

Namun, beberapa perkara harus dipertimbangkan sebelum membeli pam.


  • Harga
Pelbagai jenis pam susu boleh didapati di pasaran kini. Bermula dari harga RMXX hingga RMXXXX. Beli mengikut saiz poket anda dan bukan berdasarkan nafsu semata-mata. Kalau dilihat memang rambang mata, semua nak dibeli.
  • Berat dan Saiz 
Saiz dan berat pam diambil kira terutamanya jika anda jenis yang kerap ke luar daerah. Pam yang kecil dan ringan memang sangat sesuai. 
  • Bunyi
Selain berat dan Saiz, pilih juga pam yang kurang mengeluarkan bunyi dengan kuat.  Perkara ini membantu memudahkan anda untuk mengepam berhampiran dengan bayi atau sambil bekerja tanpa disedari oleh orang lain.
  • Mudah digunakan 
Pengepaman yang kerap memerlukan pam yang mudah digunakan. Pilih pam yang mudah dipasang dan dibuka dan menggunakan sedikit masa untuk teknikalnya. 
  • Daya Tahan
Jika memilih pam, pilih yang boleh tahan lama bukan seperti pakai buang. Pembelian pam adalah pelaburan jangka panjang. Ia boleh digunakan untuk anak-anak yang seterusnya. 
  • Kelajuan 
Pilih pam yang boleh dilaras kelajuan. Ini untuk memberi rangsangan umpama hisapan bayi. Terdapat aras rendah,  sederhana dan tinggi. Pam yang mempunyai satu aras kelajuan kadangkala boleh menyakitkan payudara. 
  • Cara mengepam
Pemilihan pam bergantung kepada cara mengepam. Jika anda jenis yang 'on-the-go', pilih pam yang boleh mengepam kedua-dua payudara. Ia boleh mengepam pada masa yang sama dan menghasilkan susu yang lebih banyak. 

Jadi, bagi ibu-ibu baru mahupun yang lama dan ingin memulakan misi penyusuan susu ibu, anda boleh merancang dari sekarang dengan menilai perkara-perkara di atas sebelum membuat keputusan membeli pam susu anda. 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram