Tak Nak Tangan Lenguh Dukung Bayi? Jom Kita Menggendong

Sunday, November 16, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,

Entri kali ni nak sentuh bab menggendong bayi. Sebenarnya penggendong bayi ni telah lama digunakan oleh hampir satu pelosok dunia. Aku je baru nak berjinak-jinak dengan penggendong ni atau lebih dikenali dalam bahasa kampung sebagai 'baby carrier'.

Antara kelebihan penggendong ialah:

  • Mengeratkan bayi dan ibu secara fizikal. Ibu bertindak jika bayi mula menunjukkan tanda-tanda inginkan sesuatu. 
  • Bayi memerlukan perhatian yang lebih untuk bulan-bulan pertama. Penggunaan penggendong menyebabkan bayi sentiasa di sisi ibu dengan selesa. 
  • Ia amat berguna jika ibu dan ayah ke tempat atau ruang yang sukar dilalui oleh kereta sorong. 
  • Mudah mengatur anak yang lain kerana ciri bebas tangan.
  • Tidak perlu membawa kereta sorong jika ke mana- mana destinasi. Ia menjimatkan ruang but kereta dan menjimatkan masa membuka dan melipat kereta sorong. 
  • Harganya mampu milik. 
  • Tangan tak lenguh!!


Kini, terdapat pelbagai jenis dan jenama penggendong bayi. Sungguhpun begitu, para ibu perlu bijak memilih penggendong yang sesuai mengikut bajet dan kesesuaian bayi. Adalah digalakkan untuk memilih penggendong jenis ergonomik kerana ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang ada padanya. 

Antara contoh penggendong yang ergonomik ialah seperti :
  • Ring sling 
  • Pouch sling
  • Mei tai 
  • Wrap
  • Soft structured carrier (SSC)
Elakkan membeli penggendong jenis 'scrotch' kerana ia membuatkan kaki bayi anda tergantung dan mengganggu aliran darah. Ia juga memindahkan berat bayi kepada bahu dan pinggang menyebabkan badan ibu lenguh.

Antara tips yang baik untuk menggendong bayi ialah :
  • Alat penggendong yang kemas. Kedudukan bayi perlu rapat dengan badan ibu supaya tidak mudah lemas atau tenggelam. 
  • Pastikan bayi boleh dilihat sepanjang masa. 
  • Lebih dekat.  Bayi digendong perlu dekat dengan dagu anda hingga anda boleh mengucup dahi atau wajahnya.
  • Pastikan jarak sebesar satu jari di antara dagu dan dada bayi untuk memastikan pernafasan tidak terganggu. 



Nak dapat lagi banyak ilmu menggendong bayi bolehlah sertai kumpulan sokongan :
Selat Tebrau Babywearers (sekitar Johor) 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram