Kisah Nak Habis Family Day

Sunday, November 02, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Hari ni hari akhir family day. Sedih..sebab hari happy-happy diganggu oleh CB a.k.a diarrhea menurut bahasa orang kampung. Ni mesti kes dinner semalam di Nando's. Sebab tak pernah makan situ, buatlah permintaan dengan incik suami. Mujur dia setuju. Jadi, kami pun pergi makan-makan dulu sebelum mula shopping!!!

Keluar dari bilik hotel pun agak lewat dalam jam 8 malam. Keadaan malam minggu di bandaraya bersejarah, tau-tau jelah SESAK!! Sekarang dah tau la situasi di Nando's. Restoran ni lebih kurang cam konsep kenirojes jugak. Cuma sos dia la rasa pelik walaupun macam sedap. Bedal sampai tak ingat. Yang anak-anak ni pula nak berjalan je mana nak kisah pasal makan.

Lepas abis makan, kami meneruskan misi di Mahkota Parade. Takde pe yang menarik sama je macam kompleks membeli belah yang dah pernah pergi. Ok, sekurang-kurangnya cik abang bayarkan kasutku!!! Riki dalam MP je dah makan sejam lebih. Sebab tak ada apa yang menarik, abang ajak kami ke Pahlawan Walk. Ala uptown gitu.

Bersepah-sepah gerai jual baju Frozen. Si baby anak yang bongsu dah terlelap sambil digendong oleh abang. Kutak larat nak dukung-dukung dah. Apa lagi borong la baju untuk budak-budak ni pula. Kemudian, berinai pula anak daraku.

Sambil-sambil berjalan tu ternampak pulak ada abang jual susu segar yang dalam botol kecil tu. Nostalgia tu!! Tapi sebab penat dan tak larat, tak lalu pula nak membeli. Lepas tu, ajak abang balik hotel. Anak-anak pun dah mengadu mengantuk dan penat. Kami pun pulang ke hotel.

Sampai bilik hotel, solat dan siapkan anak-anak nak masuk tidur. Anak-anak dah tidur kuterus bammm...zzzzz. Bestnya tidur! Abang tak nak tidur lagi pasal perlawanan akhir JDT VS PAHANG belum tamat. Mujur ku tak berapa sangat nak layan bola.

Lebih kurang jam 3 pagi, kuterjaga sebab perut memulas. Allah je yang tau. Tapi buat tak layan je rasa sakit tu. Tapi memang tak tahan juga terus meluru ke Encik Tandas. Tengah malam tu sampai ke subuh 5 kali jugak la keluar masuk. Ni mesti suspek sos Nando's la ni.

Jadi, lepas sarapan di hotel, tak lalu nak makan walaupun menu sarapan tu best. Dah makan buang balik. Layan teh tanpa gula. Tak berapa minit lepas tu 'dating' lagi dengan tandas. Abang ajak ke klinik tapi kutolak pasal konpiden kejap je ni.

Lepas sarapan layan anak-anak ni nak main pula di taman. Tapi Itupun incik abang yang tengok-tengok kan mereka. Aku pun teruskan rutin pagi ni lagi dengan tandas. Lepas tu buat-buat ok. Abang pun ajak shopping lagi. Lepas checkout kami bergerak ke Melaka Tengah menuju ke AEON MELAKA. Kus semangat!! Manusia kemain ramainya.

Kalau aku la malas nak layan tempat sesak gini. Pening je. Tapi abang layan je. Aku follow the boss la. Untungnya abang belanja macam-macam hari ini. Walaupun CB tetap kugagahi jua. Makan tengahari pula layan makanan Jepun. Mula cam pelik juga boleh ke tekak Melayu ni nak telan makanan Jepun? Mujur ada nasi ayam-->>teriyaki. Pastu order teh hijau. Rasanya minum teh ni yang bantu legakan CB. Lepas lunch sambung balik shopping.

Rasanya hari ni merupakan rekod membeli belah terpanjang dalam tahun ni. Penghargaan buat suami tercinta atas semua ini. Walaupun rasa tak larat sebab cb ni. Sampai Seremban je terus bancuh performance Drink nak top up balik bendalir dalam badan dan pulihkan tenaga.

Walaupun percutian ni singkat, tapi ia sangat bermakna bagiku!!

*CB= CeriBeri

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram