Gara-gara Majlis Santapan Malam Diraja : Bahaya Saat Akhir

Saturday, November 15, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Kelam kabut sedikit hari ni. Semalam abang ajak shopping baju dinner untuk majlis makan malam. Sebenarnya nak pakai je baju yang lama tu sebab masih cantik. Tapi abang murah hati nak belanja baju baru!!! I rasa riang ria!! Terima je dengan hati terbuka.

Sebab abang kerja, malam abang ajak shopping baju dekat sekitar Senawang ni je. Pergi pun time kedai dah nak tutup. Masuk kedai ke kedai, abang tak minat pula material dia. Corak dah ngam. Jadi keluarlah kedai yang lain. Masuk kedai satu ni agak eksklusif jugak le..tak pernah merasa masuk butik gini.. Rezeki bulan ni masyuk tu yang beranikan diri. Picit butang pintu. Pelayan kedai tu pun boleh la mesra. Jadi, belek punya belek sambar satu baju dan selendang sehelai. Inilah pertama kali dapat baju RMxxx. TQ ABANG!!

Tu semalam punya cerita. Hari ni bangun awal macam biasa jam 5 pagi. Mula rutin macam biasa untuk hujung minggu. Basuh kain dah mesti. Hari ni wat sarapan je tak masak tengahari sebab ada jemputan kenduri. Dah pandai mengelat masak sejak dua menjak ni. Jangan marah haaa abang. Kemas-kemas rumah. Selesai bab tu, kemas baju anak untuk ke rumah pengasuh pula. Abang masih kerja lagi. Jadi kemas pula baju untuk makan malam ni.

Tunggu-tunggu abang balik je dah nak dekat pukul 2. Budak-budak ni minta burger tengah-tengah hari. Ibu pun layankan je. Minta yang special pula tu. Lagipun hujan lebat kemain. Takpelah anak punya pasal kan. Gerak ke kenduri pun dah nak dekat jam 3. Makan cepat-cepat sembang yang patut-patut. Kemudian terus minta diri dan hantar anak-anak ke rumah pengasuh. Sori sayang majlis ni tak dapat nak bawa semua. Dah dapat reward mandi kolam pagi tadi, kan?

Dah gini jam nak cari pula kasut. Satu hal lagi!! Semalam pergi design dah cantik tapi saiz tak ada. Jadi tadi ke bandar Seremban semata-mata nak cari kasut. Semua 'up' jadi je. Terus gegas ke KL. Sekali sangkut di jalan raya. SESAK!! Memang begitulah lumrah hiway Seremban ke utara. Lagi-lagi waktu hujan. Patut kena tiba di majlis jam 7.30 tapi jam 8 baru kami tiba. Tak boleh nak buat apa. KL jangan cakap la sesak ya amat bila hujan-hujan ni.

Tapi syukur selamat juga sampai. Yang bestnya jumpa sahabat-sahabat lama sama-sama belajar di UKM. Mengimbau pula Zaman kadet dulu. Berceritalah kisah lama dan perkembangan terbaru masing-masing.

Apapun majlis ok je..datang makan je kan. Alhamdulillah. Tapi pengajaran daripada kisah ini ialah buat persiapan awal. Jangan tunggu saat akhir baru nak bertindak. Yang penting jangan beri alasan!!



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
https://www.facebook.com/pengedarvitaminseremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram