Jalan-jalan hujung minggu di Seremban: Apabila cuti Sekolah Bermula

Sunday, November 23, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Seronok!Seronok!Seronok!

Barangkali itulah perasaan anak-anak di kala cuti sekolah telah bermula. Ibu ayah pun mula menyusun aktiviti untuk anak-anak mereka. Untung jika ibu yang tidak bekerja. Ibu-ibu yang bekerja pula perlu merancang cuti mereka.

Aktiviti hari ini, cuma jalan-jalan di sekitar Seremban sahaja. Semalam menghadiri satu majlis ilmu bermula waktu pagi hingga lewat petang. Jadi anak-anak di rumah sahaja, suami yang menjaga mereka!! Jadi, hari ni bayar balik.

Nak ke PICC untuk ke karnival Upin Ipin memang tak dapatlah. Maka, jalan-jalan di Seremban sahaja. Di Seremban ni memang banyak tempat nak membeli-belah. Rancangannya ingin membeli keperluan anak-anak untuk aktiviti cuti sekolah ini. Tambahan pula,  memang berhajat nak membeli buku tulisan Robert T.Kiyosaki "Before You Quit Your Job".

Jenuh dari satu tempat ke satu tempat mencari buku tersebut tetapi tiada stok di Seremban. Akhirnya, di MPH Bookstore Palm Mall kuterus meminta bantuan stafnya agar mengeposkan sahaja buku yang diminta. Lain yang dicari, lain yang dapat!!!



Rezeki anak-anak la dapat beli lebih.  Shopping buku memang best. Lagi-lagi hujung tahun bersepah-sepah kedai buku giat nak menghabiskan stok. Lepas tu, sambut juga pre harijadi anakku yang tengah bernama Najihah. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk anak-anak.







Balik rumah memang tak tahan la kaki lenguh-lenguh. Berjalan-jalan sakan. Apalagi telan 4 biji ostematrix sebelum tidur. Nak rehatkan otot-otot badan yang dah bekerja keras hari ini. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram