Hari Keluarga dalam Tempoh Lapan Hari

Saturday, November 01, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang..
Best tak kalo tiap-tiap minggu pergi bercuti bersama keluarga?? Minggu lepas di PD minggu ni di Melaka. Tapi kali ni ditemani suami sebab anjuran tempat keje si dia..baru best.

Dapat bilik apartment tingkat 15..huhu..tinggi dan gayat! Dulu hotel ni dipanggil Century Mahkota Hotel (teringat dinner masa Matrikulasi tahun 2002/2003). Kini hotel ni bertukar jenama iaitu Mahkota Hotel. Yang seronoknya anak-anak la sebab dapat peluang berjalan.

Kami check-in jam 2 petang. Lokasi tengah-tengah bandar, memang sibuk! Bila masuk rumah, terus lepak. Maklumlah bawa orang, cepat penat! Bekalan vitamin memang sentiasa bersama.

Budak-budak ni perkara pertama yang dicari ialah kolam mandi. Dapatlah solat dan berehat setengah jam lepas tu layankan permintaan mereka nak mandi kolam. Orang masih tak ramai yang mandi di situ jadi tak delah rasa "crowded" sangat. Ayah mereka la yang melayan mandi.

Kerja ku meng'update' blog pasal malam ni ada kelas. Walaupun bercuti, kelas tetap berjalan hanya di hujung jari je. Best kan??!!

Nak 2 jam juga la mandi sampai kecut-kecut tangan menggigil-gigil. Tapi nak juga berendam dalam kolam. Yang kakak seronok sebab dah pandai mengapungkan diri dan menyelam. Yang adik pandai menyelam je. Baby berendam je dengan pelampung.

Malam pula abang rancang nak ajak shopping. I follow je pasal bos belanja! Oh..terlupa ada final bola sepak malam ni JDT VS PAHANG. Tengok je la nanti jadi ke tidak.

Sampai sini dulu coretan hari ini. Nak simpan tenaga untuk shopping!!


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram