Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selamanya :Berakhir Misi 40 Hari

Tuesday, November 18, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Kalau kita pernah jatuh bukan bermaksud kita akan jatuh selamanya. Kita perlu berusaha menggagahkan diri untuk bangkit dari kejatuhan itu.

Kegagalan bukan bererti kita gagal selamanya. Kita perlu mengubah strategi yang menyebabkan kegagalan itu.

Memang tak mudah nak mencapai sesuatu kejayaan selagi kita terus-terusan dalam zon selesa. Kita ialah apa yang kita fikir. Jika kita fikirkan kegagalan maka gagal lah kita. Jika kita fikirkan kejayaan,  kita akan peroleh kejayaan.

Alhamdulillah bersyukur bila misi 40 hari tugasan #RTI2 dapat disempurnakan dengan jayanya. Pernah gagal dalam #RTI dulu bukan bermakna berterusan aku akan gagal. Peluang kedua datang tidak kulepaskan. Peluang sentiasa ada tapi atas tindakan kita untuk merebut peluang tersebut.

Tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang lalu, aku tekad untuk memastikan diri tidak tersingkir lagi. Aku sedar kesilapan masa lalu disebabkan satu faktor sahaja; ALASAN!!!

Orang yang beralasan memang tidak akan ke mana. Walau dicurahkan ilmu banyak mana, kalau tidak bertindak ilmu itu menjadi sia-sia. Ibarat kata-kata "Ilmu tanpa Amal adalah Sia-sia".
Biarpun sedikit ilmu yang ada kalau istiqamah tidak mustahil kejayaan berpihak pada kita.

Alhamdulillah sejak misi ini, aku tidak tinggalkan Dhuha kunci pembuka rezeki. Walaupun musibah melanda baru-baru ini, aku dapat terima dengan tenang. Sebab kita sudah pupuk keyakinan kepadaNya. Setiap manusia ada rezeki masing-masing. Jika diuji akan sesuatu menunjukkan Allah ingin kita kembali kepada-Nya dan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Qiyamullail juga alhamdulillah sudah mudah bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan dengan jam loceng. Ada juga beberapa kali terlajak namun perbezaan sangat ketara ketika misi awal-awal dulu. Banyak yang diperoleh dalam kumpulan intensif di bawah bimbingan Master Wan Fatihah
Fatihanum.

Demi menjejak gunung ketujuh, banyak lagi gunung-gunung yang perlu didaki. Langkah pertama ialah mendaki gunung pertama kerana tiada jalan pintas sampai ke puncak gunung ketujuh.

Kuingatkan kembali kepada diri ini agar terus istiqamah dan sentiasa menggali lagi ilmu serta mengamalkannya hingga berjaya berada di puncak tertinggi itu.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram