Cerita Tentang Makan: Nasi Arab Oh Nasi Arab

Sunday, November 16, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Malam tadi makan malam bersama-sama pengasuh dan keluarga. Ada Restoran Nasi Arab baru buka lagi di Senawang. Lokasi pun berdekatan juga dengan rumah. Hati dah berbunga-bunga riang.

Agak tengah-tengah bulan jadi tak ramai pelanggan malam tu. Melihatkan hiasan dalaman kedai tersebut memang cantik umpama berada di negara Arab!! Malah tuan punya kedai tu pun orang Arab.

Restoran tu pun umpama kami yang punya eksklusif sebab tiada orang lain. Rezeki juga tu. Jadi, kami dilayan dan diberi buku menu. Menunya juga boleh dikatakan pelbagai. Namun, tidak lengkap seperti restoran Arab yang pernah kami kunjungi iaitu dari segi harga mengikut bilangan orang. Contohnya pakej menu untuk 3 orang atau 5 orang dan sebagainya.

Malam tu, kami makan nasi Mandy kambing, kentang goreng untuk anak-anak, piza dan air. Nak order banyak-banyak bimbang pembaziran. Huhuhu..daku ni pencinta alam sekitar tak boleh kalau lihat makanan dibuang-buang.

Pengalaman makan di beberapa kedai nasi Arab membolehkan aku dan abang membuat perbandingan. Yang pasti kalau makan nasi Arab untuk hidangan seorang saja pun boleh makan untuk 2 orang. Tapi dari segi rasa dan hidangan berbeza-beza sedikit. Namun, jika makan nasi Mandy mesti ada sos yogurt, sos pedas, timun dan tomato. Apa yang membezakan ialah ada kedai yang kami makan menyediakan sekali kuah dal tetapi di kedai ini kami dihidangkan dengan sup.

Agak unik sebab selama ni tak pernah lagi makan dengan sup. Namun ada kebaikannya kerana kebanyakan kanak-kanak amat menggemari sup. Jadi mudah untuk menyuapkan mereka makan. Secara keseluruhannya, 3 bintang untuk restoran ini.

Petang tadi dah makan Omega Guard. Jadi, rasa kenyang tu masih ada. Sebab tu makan malam di kedai nasi Arab tu tak seperti selalu. Sekadar menjamah saja. Haha tapi dua senduk. Sebab hormon leptinku memberitahu aku masih kenyang jadi kena berhenti makan. Terbaik kesan Omega ni.



Baca lanjut tentang kebaikan Omega Guard Untuk Semua


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram