Anakku Pelupa: Tips Tingkatkan Daya Tumpuan Anak

Sunday, November 30, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

"Najihah, mana lagi pensel warna yang ibu beli? Ibu tengok banyak yang tak ada ni, sayang letak di mana? "

" Najihah tak tahu."



Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi seperti saya di atas? Jika ya, anda perlu bersabar tahap tinggi kerana ia merupakan perkara normal bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Ibu bapa bolehlah menggunakan pendekatan yang positif untuk berkomunikasi dengan anak-anak bagi mengatasi masalah pelupa ini. Berikan mereka ruang untuk berdikari dengan melakukan perkara-perkara yang mudah untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.

Berikan mereka kelonggaran untuk melakukan perkara yang patut dilakukan dan tidak perlu terlalu kerap mengingatkan mereka. Ia boleh menjadikan anak-anak terlalu bergantung kepada ibubapa sebelum melakukan sesuatu dan mendorong kepada sikap kurang bertanggungjawab.

Elakkan penggunaan "kan ibu dah kata!" yang bersifat meletakkan kesalahan pada anak. Biar si anak melakukan sendiri dan mengetahui akibat kecuaian mereka. Contohnya meminta anak menyimpan buku yang dibaca. Anda boleh bertanya," Najihah, di mana tempat simpan buku cerita?".

Berikan masa untuk anak dan jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada mereka.
Kanak-kanak lingkungan empat hingga enam tahun lebih gemar menumpukan kepada perkara yang lebih disukai oleh mereka. Justeru gunakan kekuatan tersebut untuk melatihnya menjadi lebih berdikari.

Tips Tingkatkan Daya Fokus Anak

  • Hadkan program televisyen tontonan anak-anak.  Terlalu banyak menonton televisyen antara sebab days fokus terjejas. 
  • Bermain dengan permainan yang boleh meningkatkan daya fokus seperti blok binaan dan puzzle.
  • Memberikan anak anda makanan yang berkhasiat dan suplemen. 
  • Mengajak membaca bersama-sama. Pilih bahan bacaan yang berwarna-warni dan bergambar. 
  • Pastikan anak anda mengambil sarapan. Sarapan berupaya meningkatkan daya fokus yang lebih tinggi. 
  • Menggalakkan anak-anak mempunyai hobi yang bermanfaat. Lakukannya bersama-sama.
  • Membuat aktiviti kraf juga membantu meningkatkan tumpuan kerana melibatkan aktiviti yang fokus seperti melukis, menggunting,  mencantum dan sebagainya. 
Pilih set anak bijak untuk si manja anda agar sihat, aktif dan bijak.




Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi  
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

9 comments

  1. Ramai ibubapa yg gembira slpas anak mereka lbih fokus, slpas ambik set anak pintar shaklee.. Why not, yg blh mencuba, Berikan kpd anak anda..
    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    ReplyDelete
  2. selalu sangt barang hilang..ada jugak yang bagi kat kawan sekolah..

    Masker Muka

    ReplyDelete
  3. Berikan hanya vitamin yang terbaik untuk kanak-kanak anda, agar mereka membesar dengan sihat dan ceria.

    Sikap dan Perbuatan Orang Tua Yang Berbahaya Bagi Perkembangan Anak

    ReplyDelete
  4. Pemakan seimbang dan berkhasiat perlu diberikan kepada anak-anak agar mereka membesar dengan sihat dan minda pun cergas.

    ReplyDelete
  5. Semuanya kena bermula dari rumah. Dari sehi pemakanan sehinggalah dari segi didikan anak2..

    ReplyDelete
  6. Boleh bagi anak vitamin untuk minda :)

    ReplyDelete
  7. Boleh konsisten makan omega guard :)

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram