Aktiviti Penutup Sebelum Cuti Sekolah: Terapi Berkuda

Wednesday, November 12, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum cuti panjang bermula. Seronok bagi anak-anak dan mereka yang bergelar pelajar. Peperiksaan Akhir Tahun pun dah selesai. Jadi, aktiviti terakhir untuk sesi 2014 diakhiri dengan Aktiviti Terapi Berkuda.

Lokasi yang dirancang bertempat di AS Equestrian di Kg. Rawa. Aktiviti ni juga merupakan aktiviti kali kedua sejak dua tahun yang lalu. Cuma kali ini lebih meriah kerana lebih ramai yang hadir di samping pertambahan guru.

AS Equestrian 

Kenapa memilih aktiviti berkuda? 

Terapi Berkuda ni bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka ni pun kebanyakan dari kalangan keluarga yang susah. Kuda pun ada yang tak pernah tengok!! Jadi,peluang yang ada diambil!


Selain berkuda, kelas untuk berkuda juga diwujudkan di AS Equestrian. Sukan berkuda merupakan sukan yang disarankan dalam Islam. Selain itu, sukan memanah juga disediakan. Tapi, tadi tak berkesempatan nak melihat demonstrasi memanah sambil berkuda kerana sibuk membuat persiapan untuk acara sukaneka.

Kemudahan lain yang disediakan ialah Homestay dan juga chalet. Suasana di sini memang sangat damai kerana terletak di kawasan kampung.









Cantik kan? Selain aktiviti berkuda, agenda diteruskan dengan pertandingan memanah untuk guru. Aktiviti juga diselitkan dengan sukaneka. Waktu makan tengahari pula diserikan dengan majlis sambutan hari lahir dan majlis tamat persekolahan bagi pelajar yang akan menamatkan persekolahan pada sesi 2014.





Seronok bila tengok budak-budak ni seronok. Cuaca pun alhamdulillah memang baik. Cerah dan ceria. Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.
Walaupun penat, tapi tidak sia-sia kerana vitamin Shaklee ada di sisi untuk memberikan kecergasan sepanjang hari.

Nak order vitamin Shaklee juga?
Sila klik link Beli Vitamin, selepas membuat belian segera wassap ke nombor di bawah untuk khidmat nasihat berterusan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram