Riang Ria Cuti Sekolah : Penuhi Waktu Anak Anda Dengan Aktiviti Yang Merangsang Mental dan Fizikal

Wednesday, November 26, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Indahnya cuti sekolah!!  Diam tak diam dah setengah minggu berlalu. Bagaimana anak-anak menghabiskan waktu cuti mereka?

Bagi anda yang mempunyai anak-anak berusia lingkungan 6 tahun ke bawah, aktiviti yang akan dikongsikan ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengisi masa mereka.

Antara aktiviti yang membantu merangsang mental dan fizikal anak-anak waktu cuti sekolah :

  • Menikmati Kehijauan Alam
Bawa anak-anak anda bersiar-siar ke laman rumah atau ke taman untuk menikmati keindahan alam. Sambil berjalan-jalan, anda boleh bercerita tentang flora dan fauna di persekitaran. Beri peluang kepada mereka untuk menyentuh dan menghidu flora yang ada.
  • Bermain di taman permainan 
Aktiviti yang paling digemari oleh semua kanak-kanak. Biarkan mereka bebas bermain dan menggunakan segala jenis permainan yang ada. Anda hanya perlu memantau dan mengambil langkah keselamatan sahaja. Ia membantu menguatkan tubuh dan membina jalinan rakan baru.


  • Berkebun 
Aktiviti yang sihat. Libatkan anak-anak anda untuk berkebun walaupun di laman rumah yang kecil. Aktiviti ini membantu anak anda memupuk sikap bertanggungjawab dan menghargai alam semulajadi. 
  • Berenang 
Antara aktiviti fizikal yang digemari oleh kanak-kanak ialah berenang. Aktiviti ini menguatkan fizikal anak anda di samping meningkatkan keyakinan diri mereka.

  • Melukis
Berikan kertas lukisan dan warna. Bawa anak-anak anda keluar dan biarkan mereka mencalit kreativiti dan imaginasi mereka di atas kertas tersebut. Kemudian, bertanya kepada mereka hasil yang dilukiskan serta berikan pujian atas usaha mereka. 
  • Bermain dengan haiwan 
Aktiviti ini memupuk sikap tanggungjawab dan nilai kasih sayang anak-anak kepada haiwan. Aktiviti ini mampu melatih anak-anak anda dari aspek kognitif,  sosial, emosi dan fizikal. Ibu bapa perlu memantau dan membuat pemerhatian untuk menyerlahkan potensi diri mereka. 
  • Bercerita 
Pilihlah bahan bacaan yang berkualiti dan sesuai untuk anak-anak anda. Berceritalah juga dengan mereka dengan penuh ekspresi wajah dan suara. Aktiviti ini juga mampu mencetuskan rangsangan kognitif, sosial dan emosi mereka. 



Aktiviti-aktiviti yang dikongsikan ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai perkara baru. Belajar bukan sahaja terperuk di dalam bilik sepanjang hari.  Daripada menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain dengan gajet, aktiviti tersebut dapat mewujud rasa tenang dan menghiburkan. 

Anak-anak juga dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah yang menyumbang kepada pembentukan jati diri dan perkembangan intelek. Mereka juga berpeluang untuk mengeksploitasi idea dan emosi mereka. 

Tingkatkan kesihatan dan kecerdasan anak anda dengan Set Anak Bijak.

Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram