Info Tentang Air Ketuban : apa yang papa mama perlu tahu??

Wednesday, November 05, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,

Alhamdulillah minggu ni in sha allah memasuki minggu ke 19 usia kehamilan. Mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan.  Cerita bab kehamilan mestilah dikaitkan dengan air ketuban. Ada juga yang sebut air mentuban. Tak kisah la kan, ikut dialek masing-masing la. Tertarik bila baca majalah Ibu dan Anak bulan Jun 2014 pasal air ketuban. Jadi nak kongsi maklumat dengan semua tentang air ketuban ni.

Pengenalan Air Ketuban 

Wanita hamil bukan sahaja mengandungi bayi dalam rahimnya. Bayi di dalam rahim berenang-renang dalam persekitaran yang berair. Air itulah sebenarnya air ketuban. Air ketuban akan mengalir keluar apabila tiba masa hendak melahirkan. Kandungan air ketuban terdiri daripada 98% air dan 2% garam dan sel daripada bayi. Pada awal kehamilan, air ketuban dihasilkan oleh ibu kerana ginjal janin belum terbentuk dan berfungsi dengan sempurna. Pada usia 4 bulan, janin akan menghasilkan air ketuban sendiri iaitu daripada urinnya sendiri. Pelik tapi benar! Subhanallah! Namun, ia tidak berbahaya.

Mengapa air ketuban penting? 

Air ketuban berfungsi untuk membenarkan pergerakan janin seperti meregang atau berpusing. Ia juga berupaya mengawal suhu janin. Fungsi paling penting air ketuban ialah ia berupaya menyerap hentakan atau gegaran bagi melindungi janin. Air ketuban juga membantu pembentukan paru-paru janin dengan baik.

Jumlah air ketuban

Air ketuban yang sedikit disebut sebagai oligohydramnios. Air ketuban yang banyak dipanggil polyhydramnios. Sekiranya ibu mengalami salah satu daripadanya, ia mengundang risiko sama ada kepada ibu atau bayi atau kedua-duanya sekali. Namun, ada juga bayi yang selamat dilahirkan walaupun dalam keadaan sebegitu. 

Warna air Ketuban 

Air ketuban normal berwarna cerah atau jernih.
Jika air ketuban telah menunjukkan warna hijau atau coklat, ia menandakan bayi dalam kandungan telah mengeluarkan najis (mekonium). Ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi melalui air ketuban.  Keadaan ini akan menyebabkan masalah pernafasan kepada bayi iaitu meconium aspiration syndrome terutamanya jika air ketuban pekat. Bayi yang tertelan mekonium akan diberi rawatan yang sepatutnya sebaik sahaja dilahirkan. 

Waktu air ketuban pecah

Jika air ketuban pecah sebelum minggu ke-37, rawatan segera diperlukan. Keadaan ini dipanggil Preterm premature rupture syndrome of membranes atau PPROM. 
Faktor yang menyebabkan PPROM ialah merokok, sejarah penyakit kelamin, pengalaman kelahiran pramatang,  kandungan kembar, pendarahan vagina semasa hamil dan pengalaman PPROM sebelum ini.

Manakala jika air ketuban pecah selepas minggu ke-37, ia menunjukkan sudah sampai masa anda memasuki dewan bersalin. Keadaan ini pula dipanggil sebagai Premature rupture syndrome of membranes atau PROM.
Wanita yang mengalami PROM harus bersalin dalam tempoh 96 jam tau 4 hari bagi mengelakkan masalah jangkitan kepada ibu dan bayi.

Semoga info ini bermanfaat khususnya buat ibu-anak baru yang bakal menerima cahaya mata. Yang dah lama jadi pun untuk tambah ilmu.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram