Adab dan Etika Menziarahi Bayi yang Baru Lahir

Tuesday, November 04, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Mesti kita tumpang gembira kan bila ada adik-beradik atau saudara mara atau rakan sependapat mungkin jiran tetangga yang mendapat cahaya mata yang baru. Semestinya juga kita rasa nak melihat wajah orang baru yang halus, comel lagi harum tu. Jadi, wajarlah kita mematuhi adab dan etika menziarah bayi baru ni. Almaklumlah, bayi ni masih suci lagi.

Jom kita cuba praktikkan :

Adab menziarahi bayi yang baru lahir


  • Elak bersesak-sesak

Semakin ramai orang yang datang berziarah semakin banyak kuman dibawa. Jadi, eloklah sekiranya jika ingin melihat bayi, masuk ke bilik ibu secara bergilir-gilir untuk mengelakkan sebarang jangkitan. 

  • Elakkan berziarah jika tidak sihat
Jika anda sedang demam, batuk atau selsema atau masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan penyebaran kuman atau virus, adalah lebih baik jika anda duduk di rumah dan berehat sahaja. Sistem imunisasi bayi yang baru lahir masih lemah. 

  • Pastikan kebersihan diri 
Walaupun anda sihat, tetapi kuman ada di mana-mana. Pastikan kebersihan tangan dan kuku sebelum memegang bayi.
  • Jauhkan daripada anak kecil 
Jika membawa anak kecil, pastikan anak tersebut dijaga oleh ahli keluarga yang lain. Tindakan anak kecil tidak dapat dijangka dan perbuatan mereka boleh menyebabkan bayi terkejut. 
  • Tidak mengganggu rutin bayi
Pastikan semasa kunjungan tidak mengganggu bayi. Jika bayi sedang tidur, diberi makan atau dimandikan, biarkan si ibu menguruskan bayinya itu.

Ibu bapa bayi juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga jika mereka menerima tetamu yang ingin menziarahi bayi mereka.
  • Menyediakan cecair sanitasi tangan di sebelah bayi
  • Meletakkan tisu basah berhampiran bayi 
Ibu bapa bolehlah menggunakan bahasa yang mesra agar tetamu tidak berkecil hati.

Lagi satu kalau nak ziarah bayi biarlah di siang hari. Baby ni masih fragile.
Semoga info di atas memberi manfaat kepada kita semua.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram