Tips Untuk Bantu Kurangkan Stres

Tuesday, November 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Stres! Stres! Stres!

Ooopsss..bersabar! Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Semua orang pernah mengalami stres. Termasuklah juga diriku yang marhaen ni. Tapi bagaimana kita nak atasinya? Bahaya tau kalau stres berlebihan ni boleh akibatkan tekanan darah tinggi. Tak pasal-pasal kena minum Vivix..ala..sirap anggur yang pekat tu yang makan satu sudu kecik je. Eh..terpromote pula!

Ok, berbalik pada cerita asal, cara bagaimana nak atasi stres. Saya kongsikan cara saya. Kalau rasa sesuai bolehlah sama-sama kita amalkan.

#Saya suka tidur bila saya stres. Macam satu dunia masalah dibebankan atas bahu. Padahal takde apa sangat pun. Jadi, malas nak runsing-runsing saya tidur je. Penat otak fikir masalah.

#Saya suka mengadu padaNya. Sejak berShaklee ni alhamdulillah kami ditekankan dengan amalan Rohani. Walaupun pada mulanya rasa terpaksa, lama-lama automatik akan jadi rutin. Jadi, bila bangun tengah malam tu, waktu orang sedang sedap lena dibuai mimpi, saya menangis syahdu melepaskan apa yang terbuku dalam hati kepada Maha Pencipta kerana saya yakin Dia Maha Mendengar.

#Bila stres saya suka bersendiri sambil berselawat. Tiba-tiba hati berasa rindu pada Rasulullah. Ketika itu mulalah sebak dan rasa kerdil yang banyak lagi kelemahan diri berbanding Rasulullah yang pada ketika hayatnya seringkali mendapat cercaan dan hinaan serta pelbagai ujian ketika menyampaikan dakwah. Tapi baginda tidak pun menunjukkan rasa stres.

#Menghayati ayat-ayat suci Al-Quran amat menenangkan diri. Cubalah menghayatinya dengan terjemahan. Betapa ia menusuk qalbu dan mengembalikan semangat untuk tidak berputus asa.

Alhamdulillah. Baru-baru ini saya ditimpa musibah. Biarlah Allah sahaja yang mengetahui. Tidak perlu saya bercerita. Alhamdulillah. Saya terima ujian dengan redha. Apa hikmahnya saya pun masih tercari-cari.

Biar apa pun ujian yang diberikan,  sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Setiap hamba yang ada di muka bumi ini tidak terlepas dari sebarang ujian. Hadapi ia dengan tabah dan jangan berputus asa. Jangan stres ok nanti muka berkedut. Dah kena minum Vivix lagi!!


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram