8 Tips Memilih Pengasuh

Sunday, November 09, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Dilema memilih pengasuh memang menghantui bagi ibu-ibu yang bekerja. Almaklum apabila kes penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh di media massa dan sosial berleluasa bagaikan wabak berjangkit selepas laporan demi laporan tentang kes ini.

Aku pun juga rasa begitu. Rezeki dapat kerja selepas kelahiran Umairah. Sejak dalam pantang telah diminta melapor diri untuk jawatan GSTT di Melaka. Memang menggagau juga mana nak cari pengasuh.  Takkan nak bawa ibu pula ke Melaka. Cukuplah jasa membesarkan dan mendidik. Tak mahu dibebani lagi dengan kerja-kerja membasuh berak dan kencing. Memang ada kebaikannya. Tapi sebagai anak memang tak sampai hati.

Jadi mintalah abang mencari juga siapa-siapa yang boleh mengasuh di kawasan kejiranan di rumah sewa. Ada dua orang yang dimasukkan dalam senarai.  Seorang wanita lewat usia dan mengasuh anak-anak lain manakala seorang lagi dalam lingkungan 30an dan tidak mengasuh tetapi boleh mengasuh dan sukakan bayi katanya. Jadi, kami berdua berbincang dan memutuskan untuk memilih pengasuh yang muda.

Mengikut analisis,  pengasuh ni dikira baik juga sebab dilihat sangat menyayangi Umairah. Mungkin sebab dah lama tak beranak kecil. Hanya dapat bertahan dua bulan sahaja dengan akak ni apabila ada rumah yang lebih dekat dengan tempat kerjaku. Abang kata biar dia yang jauh sikit tak mengapa kerana aku yang kena menguruskan anak. Jenuh nak cari pengasuh lain.

Bila bertanya-tanya dengan guru di sekolah tersebut, ada isteri cikgu ni yang sanggup menjaga Umairah. Lagipun mereka belum memiliki anak perempuan, kelima-lima anak mereka ialah lelaki. Paling kecil anak cikgu tu berumur 2 tahun, memang takut-takut juga la. Kanak-kanak tengah lasak. Tapi, aku ni fikir positif je. Doa yang baik-baik. Semoga anakku disayangi tidak kira dijaga oleh sesiapa pun.

Kemudian, pulang semula ke tanah tempat tumpah darah bila abang sambung belajar dekat dengan rumah mak. Lagipun, kontrak pun dah tamat. Memang sesuai. Cari pula kerja di sana dan sekali lagi ditawarkan sebagai GSTT di negeri Johor pula. Tu lah hikmah berkahwin, Allah sentiasa mudahkan dan murahkan rezeki. Yang bujang-bujang di luar sana tu jangan takut nak berkahwin ye.

Tengah-tengah tahun sampai surat dapat mengikuti kursus diploma perguruan selama setahun setengah. Alhamdulillah!  Rezeki anak. Tapi bila memikirkan anak walaupun dah berjanji tak nak menyusahkan ibu dan ayah, namun kali ni tiada pilihan. Ibu dan ayah terpaksa bertahan untuk menjaga Umairah. Ketika itu, Umairah dah menjangkau usia setahun setengah. Memang rasa yakin bila anak tinggal dengan ibu dan ayah kita tapi rasa bersalah tetap ada. Ibu dan ayah terus menjaga Umairah sehingga aku ditempatkan di sekolah berhampiran dengan kediaman mereka.

Dapat setahun saja berkhidmat di kampung halaman,  kemudian mengikut suami berhijrah. Masa tu dah ada Najihah. Bila di tempat baru, kita rasa asing. Dahlah tak kenal orang. Pada siapa nakku percaya? Hari- hari berdoa pada Allah semoga ditemukan dengan pengasuh yang baik-baik.

Tugas mencari kuserahkan pada abang. Atas saranan rakan setugas untuk mengambil seorang pengasuh ni, ibu muda yang juga mengasuh bayi dan kanak-kanak lain yang juga mengasuh anak rakannya itu, ibu muda tersebut terpaksa menolak kerana tidak berupaya mengasuh dengan ramai. Lantas, dia mengesyorkan kakaknya. Kak Ana yang kini mengasuh Anise juga. Alhamdulillah. Adik kak Ana pun baik sebab tidak bersikap tamak jaga ramai-ramai. Kak Ana pula memang tak mengasuh juga tapi sanggup membantu. Sampai hari ni aku masih menggunakan khidmat kak Ana. Kak Ana ada tiga orang anak semuanya bersekolah rendah dan menengah. Mereka menyayangi anak-anakku bagai adik-beradik mereka sendiri. Kadangkala aku pun segan juga dengan Kak Ana sebab terpaksa minta mengasuh lebih masa khusus bila ada aktiviti sekolah dan aktiviti mess nite abang.

Jadi, berdasarkan cerita di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memilih pengasuh,  perlulah :

  • Memilih pengasuh yang mengamalkan ajaran Islam -sekurang-kurangnya solat 5 waktu, boleh ajarkan zikir dan doa ringkas.

  • Tidak mengasuh dalam bilangan anak-anak yang ramai - jika ada maksimum pun 3 orang. Itupun bergantung pada umur anak yang diasuh. Bukan apa, supaya dia lebih fokus menjaga anak kita.
  • Kadar bayaran yang berpatutan - mujur pengasuh tidak meletakkan harga. Tapi kita pun perlu bertimbang rasa meletakkan kadar yang sesuai. Pada persepsi saya, sesetengah pengasuh umpama menjalankan bisnes apabila meletakkan harga. Semoga harga dan khidmat yang diberikan adalah bersesuaian. 
  • Lokasi - Baik juga jika berhampiran dengan tempat bekerja. Jika ada sebarang masalah, senang nak menjenguk. Seperkara lagi, mudah nak hantar stok susu perahan jika bayi menyusu badan.
  • Persekitaran - perhatikan juga persekitaran rumah pengasuh. Jiran -jiran mereka. Tahap kebersihan. Perkara sebegini memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak. 
  • Tiada anak kecil - pastikan pengasuh tidak mempunyai anak kecil. Antara sebabnya supaya pengasuh tidak kelam kabut menguruskan anak kecilnya dengan anak yang diasuh. Selain itu, anak kecil yang sedang membesar sangat lasak. 
  • Anak pengasuh - jika pengasuh mempunyai anak, perhatikan tingkah laku mereka. Cuba berbual- bual dengan mereka untuk mengetahui tentang mereka. 
  • Komunikasi - penting komunikasi dengan pengasuh sebagai membina hubungan yang erat. Bukan semata-mata dibayar untuk mengasuh. 
Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi input kepada ibu bapa baru yang bekerja untuk memilih pengasuh. Seperti yang diturunkan oleh ibu, kita hendaklah bersangka baik dan sentiasa berdoa kepada Allah agar pengasuh yang dipilih menyayangi anak-anak kita ibarat anak sendiri. In sha allah,  Allah jua yang permudahkan urusan. 



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram