Pendidikan Awal untuk Anak: Misi Mencari Tadika

Saturday, November 08, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Permohonan Najihah ke prasekolah ditolak. Sedih juga sebab konpiden kot dapat macam kakak Umairah. Menggagau nak mencari pula tadika lain. Sebab kakak dapat sekolah kerajaan jadi tak sibuk pula nak cari kriteria tadika swasta. Harapan tinggi nak hantar Najihah je prasekolah juga. Alamatnya kena survey juga prasekolah yang ada kelas untuk 5 tahun.

Rasa terkilan sedikit bila permohonan ditolak. Sebab dok terbayang Najihah nak ikut rombongan sekolah pergi lawatan macam si kakak. Kanak-kanak pun ada rasa hati juga. Ibu takkan putus asa anak. In sha allah ada rezeki anak ibu ke prasekolah. Tapi apa pun ibu kena teliti juga pemilihan tadika swasta yang ada di Seremban ni.

Antara tips untuk saya sendiri dan ibu bapa di luar sana bagi kriteria pemilihan tadika untuk anak-anak :


  • Kurikulum 
Pastikan kurikulum yang disediakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Seharusnya modul pembelajaran yang disediakan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak. 

  • Guru yang bertauliah 
Guru dan pengajar tadika mestilah bertauliah. Ini menunjukkan mereka telah mengikuti kursus khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak. Pastikan guru ini mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Walaupun nampak mudah, namun mengendalikan kanak-kanak juga adalah satu cabaran. 
  • Penerapan agama Islam 
Mungkin sesetengah ibu bapa menekankan kepentingan Bahasa Inggeris. Adalah lebih baik jika kita memilih tadika yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran mereka. Kanak-kanak ibarat span yang mudah menyerap apa yang ada di sekeliling mereka. 
  • Lokasi 
Lokasi tadika memainkan peranan penting juga dalam pemilihan tadika. Memilih tadika yang sesuai dan berhampiran dengan tempat kerja memudahkan kita menjenguk anak sekiranya ada apa-apa masalah. 
  • Yuran 
Yuran juga menjadi isu. Walaupun kita inginkan yang terbaik untuk anak, kena lihat poket sendiri juga. Kadangkala sesetengah tadika yang mahal tidak semestinya bagus dan tadika murah pula tidak semestinya tidak bagus. Terpulang atas poket sendiri. Fikir juga kos-kos lain seperti pengangkutan, transit dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Nampaknya misi pencarian tadika untuk Najihah bermula sebelum mula tahun baru 2015. Nanti ada pula yang iri hati bila nak belanja kelengkapan persekolahan hujung tahun nanti.

Semoga info ini sama-sama memberi manfaat buat ibu bapa yang baru menyekolahkan anak mereka.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi 
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram