Hidup Sihat Tanpa Ubat : Hanya dengan 4 Langkah

Monday, November 10, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Apa khabar hari ni? Kalau ada yang batuk tu jangan duduk dekat-dekat dengan baby nanti berjangkit. Lagipun sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Sungguhpun begitu, keadaan cuaca tak menentu. Dek kerana itu, ada juga yang mudah diserang demam!!

Ada orang suka telan panadol bila demam atau mengambil ubat batuk untuk kelegaan batuk. Yang lain pula lebih suka menggunakan petua-petua semulajadi. Boleh bezakan tak antara kedua-duanya? Salah satunya dari segi kesan. Sudah tentu makan dua biji panadol memberi kelegaan segera berbanding menyapu lendir bunga raya untuk mengebahkan demam.

Tapi sesetengah keadaan memerlukan rawatan segera dan perlulah ia dibawa ke pusat rawatan seperti kemalangan, luka terbakar dan sebagainya. Kes-kes sebegini perlu bersegera mendapatkan rawatan  untuk mengelakkan risiko yang boleh mengancam nyawa.

Ibarat kata pepatah "cegah sebelum parah", langkah pencegahan bermula dari awal. Kalau kita lihat mak kita, nenek kita orang-orang dulu, mengamalkan pemakanan dari sumber semula jadi. Zaman dulu, suplemen walaupun sudah wujud namun belum masyhur penggunaannya seperti alaf baru ini. Tapi kini ramai orang semakin sedar kepentingan kesihatan dan telah mengamalkan pengambilan suplemen malah untuk anak mereka juga.

Jika dilihat penggunaan sumber semulajadi mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ia mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan sepenuhnya. Memanglah kesannya sangat lambat namun kesannya berpanjangan. Berbanding pengambilan ubat-ubatan, walaupun kesannya cepat tetapi ia bersifat sementara dan rasa sakit hadir semula apabila kesan ubat hilang.

Terdapat 4 Langkah utama yang boleh kita amalkan untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan :

  • Pemakanan yang seimbang 

Makanan jika diambil dengan cara yang betul memang menyihatkan. Namun, jika berlebihan memang mendatangkan mudarat. Tidak hairanlah jikalau ada yang berkata "mati sebab makan ". Mungkin agak tajam namun itulah hakikatnya. Penyakit kencing manis, darah tinggi waima kanser pun disebabkan diet yang tidak seimbang. 

  • Aktiviti fizikal 
Untuk mengekalkan kesihatan, di samping diet yang seimbang ia perlu seiring dengan senaman. Melalui senaman, bukan sahaja ia membakar kalori malahan memberi kecergasan kepada tubuh. Apabila badan cergas, wajah pun kelihatan awet muda. Elakkan gaya hidup bebas, merokok, pengambilan alkohol.  Kegiatan ini hanya lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. 

  • Amalan rohani
Bukan sahaja fizikal kita perlu diberi makan. Rohani juga perlu diberi makan untuk mengekalkan keseimbangan. Amalan seperti mengaji merupakan terapi yang baik untuk kesihatan. Salam ayat-ayat al Quran terkandung pelbagai khasiat untuk memperbaiki kesihatan. Jiwa juga menjadi lebih tenang. Ayat-ayat al-Quran juga digunakan sebagai penawar untuk membantu mengurangkan kesakitan. Selain itu, amalan berzikir, mendirikan solat sunat dan berselawat juga merupakan antara amalan Rohani makanan jiwa.
  • Pengambilan suplemen 
Pengambilan suplemen khususnya yang diperbuat daripada bahan yang semulajadi membantu meningkatkan taraf kesihatan. Mengapa mesti yang semulajadi? Sudah tentu!! Ia hanya mengandungi bahan yang semula jadi sahaja dan mudah diterima oleh tubuh tanpa kesan yang mudarat. Walaupun kita sudah memenuhi kriteria diet yang seimbang, amalan memakan suplemen dapat meningkatkan lagi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Namun, berbalik kepada sunnatullah. Sesungguhnya, Allah jua yang memberi kesembuhan dengan IzinNya.

Jom, kita kembali kepada asas. Cuba ikuti langkah di atas dan sama-sama rasai kesannya. Hidup Sihat Tanpa Ubat!!



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram