10 Tips Mengekalkan Kesihatan Kulit Si Manja

Friday, November 07, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang,
Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas sekejap sejuk. Melihat si kecil saya yang aktif tu sekejap je keluar bintik ruam kerana berpeluh walaupun cuaca hujan di luar rumah. Memang tak senang duduk dibuatnya.

Masalah kulit bayi yang lain seperti ruam lampin, kulit kering, alahan dan jangkitan bakteria disebabkan beberapa faktor seperti pemakanan, kebersihan, penggunaan produk kebersihan yang tak sesuai dan terdedah kepada persekitaran yang tercemar.

Sebagai ibu prihatin, cuba amalkan 10 tips di bawah ini untuk menyelesaikan masalah kulit bayi anda.

  • Semasa hendak memandikan bayi, pastikan suhu air bersesuaian. Suhu air mandi bayi yang sesuai ialah 37 darjah Celsius. 
  • Menggunakan sabun khas untuk bayi. Kulit bayi sangat halus dan sangat sensitif terhadap jangkitan. 
  • Lap bayi anda dengan kering selepas dimandikan. Terutamanya di bahagian lipatan,  kawasan lampin dan leher bayi.
  • Elakkan membiarkan lampin basah terlalu lama. Kerap menukar lampin untuk memastikan bayi kering dan selesa. Ia dapat mengelakkan masalah alahan atau ruam lampin pada bayi.
  • Pastikan suasana persekitaran bayi sejuk dan selesa. Cara ini dapat mencegah alahan kulit pada bayi.
  • Pastikan bayi sentiasa memakai pakaian daripada fabrik yang menyerap lembapan seperti kapas. Penggunaan material sintetik lebih mudah menyebabkan alahan.
  • Pastikan makanan yang diberikan kepada anak-anak sesuai. Untuk menguji sama ada bayi anda mempunyai alahan kulit, pastikan makanan tersebut diberi dalam kuantiti yang kecil. Bimbang makanan yang diambil menyebabkan alahan.
  • Semasa cucian, elakkan mencampur pakaian bayi dengan lain-lain. Guns serbuk cucian yang sesuai untuk basuhan pakaian bayi.
  • Gunakan losyen atau pelembap untuk melembutkan kulit bayi yang bermasalah kering. 
  • Sekiranya masalah kulit yang dialami berlanjutan bersegera berjumpa dengan doktor anda untuk nasihat profesional. 
Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat kepada semua. Bagi ibu yang hamil dan bakal hamil, jaga kesihatan dan pemakanan kerana ia juga mempengaruhi kesihatan kulit bayi apabila lahir nanti.



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

5 comments

  1. Kulit bayi adalah sangat sensitif. Kadang sabun yang tak sesuai je pun boleh naik merah-merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kena pilih jenis hypoallergenic..nak selamat tak yah sabun sangat especially baby dalam hari sebab kulit dia lembut sangat..

      Delete
  2. Bagusnya tips ni.. Boleh diamalkan oleh ibu-ibu untuk memastikan kulit bayi sentiasa sihat dan cantik.. Kita pun tak risau kan bile kulit anak-anak cantik dan sihat saja selalu..^_^

    Migrain Mengganggu Prestasi Baik Anda di Pejabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjagaan kulit yang cantik bermula dari awal kan

      Delete

Apa Kata Anda

Instagram