Tips Menggalakkan Susu Ibu

Tuesday, October 21, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang buat semua pembaca khususnya bakal ibu yang telah berazam untuk menyusu bayinya secara eksklusif.

Saya ingin kongsikan beberapa tips bagi menggalakkan penghasilan susu :

  • Kerap memberi susu secara terus atau ' direct feeding '
Teruskan menyusu bayi walaupun setiap 1 jam. Cara ini merupakan rangsangan yang terbaik untuk payudara menghasilkan lebih susu. Sesuai dengan konsep demand vs supply, semakin banyak permintaan semakin banyak pengeluarannya.

  • Memastikan payudara dikosongkan setiap sesi penyusuan 
Kadangkala lepas penyusuan secara terus, sukar nak pastikan sama ada payudara telah kosong sepenuhnya atau tidak. Gunakan pam untuk mengosongkan payudara atau boleh menggunakan tangan ( teknik Marmet) untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara dikosongkan, mesej akan disampaikan ke otak untuk menghasilkan lagi susu.

  • Sentiasa gembira 
Semasa menyusukan bayi atau mengepam khususnya, lakukan dalam keadaan fikiran hati dan jiwa yang tenang. Buatlah apa jua yang boleh mendatangkan mood positif seperti menonton cerita lawak atau sambil menikmati snek kegemaran atau sambil berzikir atau Berbual-bual tentang topik yang disukai. Anda akan mendapati penghasilan susu yang lebih meriah!!

  •  Minum air yang cukup
Ibu-ibu perlu pastikan badan cukup air. Bagaimana untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti jika si ibu sekadar minum air segelas dua? Ibu-ibu perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. 

  • Makan makanan yang berkhasiat 
Makanan juga memainkan peranan dalam penghasilan susu. Menikmati makanan kegemaran yang berkhasiat menambah lagi kualiti dan kuantiti susu. Makanlah dengan kerap dan jangan langkau waktu makan.

  • Jangan biarkan payudara bengkak 
Walau sesibuk mana pun anda, jangan sesekali membiarkan payudara bengkak. Cuba sedaya upaya untuk mengepamnya mengikut masa. Biasakan rutin pengepaman jika anda bekerja. Payudara perlu dikosongkan untuk membolehkan susu dihasilkan dengan berterusan. Amalkan konsep demand vs supply.
Sentiasa bersedia dengan botol kosong dan pam yang mudah dibawa. Kalau tiada, cuba pam susu walaupun terpaksa dibuang ( jika berkursus dan seumpamanya). 



Semoga entri ini bermanfaat khusus bagi ibu-ibu yang baru berjinak-jinak dalam penyusuan susu ibu. Susu ibu merupakan nikmat yang tiada tandingan. Teruskan penyusuan susu ibu kepada bayi anda secara eksklusif dan sehingga dua tahun.


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram