Tips Amalan Murah Rezeki

Monday, October 20, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang buat semua.

Rezeki Allah SWT Maha Luas

Murah Rezeki vs Rezeki Murah? 

Semua orang atas dunia ni tak pernah terlepas dari masalah kewangan. Lagi-lagi dengan keadaan kehidupan zaman sekarang. Kelmarin diumumkan kenaikan harga petrol, masing-masing dah membahang!!

Kerja hingga 24 jam pun dirasa tak cukup demi kestabilan ekonomi diri inikan pula yang dah berkeluarga. Tak cukup kerja hakiki ditambah lagi dengan kerja sambilan. Tapi tu kira ok juga..lebih menyedihkan ada yang mengambil jalan mudah nak dapat duit. Sanggup mencuri,  merompak, menyamun, berjudi dan juga percaya kepada tukang tilik. Masya Allah.

Sedangkan Allah swt Maha Adil. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Namun, ia bergantung atas konsep ikhtiar, usaha dan tawakal. Pendek kata siapa buat dia dapat.

15 Tips dan Amalan Murah Rezeki 

Di bawah ini dikongsi beberapa tips dan juga amalan agar dibukakan pintu rezeki:

  • Mencukupkan solat 5 waktu - melazimi solat di awal waktu dan elakkan melewatkan waktu solat. Kita akan berasa waktu yang lapang andai solat di awal waktu.
  • Membaca al-Quran dan memperbanyakkan berzikir- dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang. Amalan membaca surah Al-Waqiah, al-Insyirah dan beberapa lagi surah Al-Quran untuk menjemput rezeki.
  • Memperbanyakkan bersedekah - kerana sesungguhnya dalam Rezeki kita ada rezeki orang lain. Bersedekah dapat menjauhi sifat kedekut. Amalan bersedekah juga merupakan Resepi murah rezeki. 
  • Berbakti kepada ibu bapa - Berbuat baiklah dengan sepatutnya seorang anak yang soleh terhadap kedua ibu bapa.
  • Memperbanyakkan amalan puasa sunat - contohnya puasa sunat Isnin dan Khamis. 
  • Berbuat baik kepada haiwan.
  • Banyak beristighfar. 
  • Berselawat ke atas nabi.
  • Berbuat baik kepada jiran.
  • Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - termasuklah anak yatim, orang miskin, orang tua dan kanak-kanak. 
  • Berpagi-pagi - memulakan aktiviti awal pagi sebaik selepas subuh. 
  • Mengamalkan solat sunat tahajjud - solat tahajjud mendekatkan diri dengan Allah dan doanya mudah dimakbulkan. 
  • Mengamalkan solat sunat Dhuha - kunci rezeki terletak pada solat Dhuha Nescaya Allah swt akan Mencukupkan rezeki HambaNya.
  • Sentiasa dalam keadaan berwuduk - Allah swt menyukai hambaNya dalam keadaan yang bersih disamping memudahkan rezeki datang. 
  • Bersyukur atas segala yang dikurniakan.

Perlu diingatkan bahawa rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta kekayaan. Kesihatan, kelapangan masa, anak, itu juga bentuk rezeki yang Allah swt kurniakan.

Jangan mudah berputus asa. Sebaliknya istiqamah dalam mengamalkan amalan-amalan di atas. Cepat atau lambat rezeki datang semua urusanNya kerana Dia Maha Mengetahui yang paling baik untuk hambaNya. 


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram