Panduan Memulakan Bisnes Pertama

Monday, October 27, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Bila terdetik hati nak berniaga

Bila keadaan hidup semakin mendesak, sesuatu harus dilakukan!! Ya, berniaga adalah satu jalan menambah pendapatan. Berniaga juga adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. Bingung tidak tahu bagaimana nak mula? Saya kongsikan penulisan oleh Puan Ainon Mohd bertajuk "Memulakan Bisnes Sendiri " keluaran PTS.

Menurut beliau, bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama ialah:


  • Modal kecil. Tak terasa sangat andaikata bisnes itu tidak menjadi. Semangat nak bangkit kembali lebih mudah.
  • Kita mempunyai kemahiran yang diperlukan. 
  • Boleh bermula dari rumah dahulu sebelum memiliki kedai.
  • Bisnes tersebut boleh dilakukan sendiri dahulu. Apabila berkembang kelak, baru boleh dapatkan pembantu atau pekerja. 

Tips memulakan bisnes 

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes yang ada ciri-ciri berikut jika anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan :
  • Bisnes bermodal besar ; terpaksa menggunakan simpanan sendiri yang berguna di saat-saat kecemasan. 
  • Perlu meminjam untuk modal bisnes hingga terpaksa mencagarkan hartanah kita kepada bank. Bimbang gulung tikar, hartanah pula dilelong.
  • Elakkan meminjam duit adik-beradik ataupun kaum keluarga. Boleh mendatangkan pergaduhan dan permusuhan andai gulung tikar. 
  • Menyewa kedai. Bisnes pun melingkup gara-gara gagal bayar sewa kedai. 
  • Tiada kemahiran dalam bisnes yang diceburi. Jangan buka kedai makan kalau tak pandai masak. Bila tukang masak lari, terpaksa tutup kedai.
  • Francais. Bisnes francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan.menggadaikan hartanah. 
  • Buka kilang. Ia juga memaksa kita membuat pinjaman kerana kosnya sangat tinggi.
  • Buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memaksa kita berhutang dengan bank.

Itu menurut beliau. Saya juga bersetuju dengan tulisan beliau. Lebih baik mulakan apa yang ada di tangan, boleh gerak dari rumah dan kos yang rendah. Salah satu konsep mudah untuk mula berniaga ialah melalui perniagaan MLM.

Hayati video dari Dr. Azizan Osman tentang perniagaan MLM.



Ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram