Panduan Berpuasa bagi Ibu Menyusu

Wednesday, October 15, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Tips Berpuasa Bagi Ibu-ibu Menyusu 

Salam sayang semua...
Ramadhan dah berlalu..puasa dah ganti? Huhuhu..sesuai la nak ganti sekarang tak payah tunggu Ramadhan akan datang.. Sebab waktu masuk awal.. Seronok sikit.. Tapi tulah ganti puasa tak sama macam puasa di bulan Ramadhan. Mungkin ada ibu-ibu yang menyusu masih belum mengganti puasa macam saya yang sedang hamil pula sekarang ini.

Sebelum tu, kita perlu ambil tahu tanda-tanda jika tubuh kita mengalami dehidrasi atau tidak. Ini untuk memastikan kita boleh meneruskan puasa atau tidak.

Tanda-tanda Badan Kekurangan Air atau Dehidrasi :

  1. Rasa nak pitam; terutamanya selepas menyusukan atau mengepam. 
  2. Rasa pening dan nak demam.
  3. Loya.
  4. Rasa lemah dan menggigil. 
  5. Air kencing pekat dan berbau.
  6. Mudah stres dan naik angin. 
  7. Jika hamil, pergerakan bayi tidak normal iaitu kurang pergerakan. 
  8. Berlaku kontraksi. 

Jadi, Meh nak kongsi panduan puasa bila menyusu :

  • Ramai yang beranggapan jika menyusukan bayi di bulan puasa susu akan menyusut. Sebenarnya ibu menyusu boleh berpuasa seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Jika ia berlaku, pasti kandungan susu turut merudum. islam itu mudah. Allah telah memberi rukhsah kepada ibu yang menyusu. Jika disebabkan puasa susu menjadi kurang dan bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu untuk sumber makanan, diringankan untuk ibu meninggalkan puasa dan menggantikannya pada lain hari.
  • Sesetengah ibu risau sekiranya kesihatan bayi terjejas akibat berpuasa khususnya mereka yang menyusukan secara eksklusif. Tak perlu bimbang jika ibu-ibu mengambil pemakanan yang seimbang dan air yang cukup. 
  • Jika anda menyusu sambil berpuasa, anda akan berasa cepat haus. Jika mendatangkan kesan yang mudarat, hendaklah disegerakan berbuka dan dapatkan rehat secukupnya. 
  • Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga terdekat mampu menjayakan penyusuan dalam tempoh berpuasa. 
  • Elakkan stres kerana ia hanya menjejaskan penghasilan susu.
  • Jangan sekali-kali meninggalkan waktu bersahur. 
  • Bersegera bila berbuka dan mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu kemudian barulah makanan berat. 
  • Kurangkan kerja di luar untuk elakkan dehidrasi. 
  • Sentiasa berfikiran positif dan yakin. 
  • Banyak berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan berpuasa dan susu yang cukup.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: 
♥Shaklee ID 964127 
♥NOORASMAH KARIM 
♥Contact :019-7399253 
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522 
♥FB Page: 

♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram