Milkbooster : Makanan Penggalak Susu Ibu

Wednesday, October 22, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam buat semua,

Entri kali ni khas untuk ibu-ibu yang baru nak menceburkan diri dalam penyusuan secara eksklusif. Perkara penting menjadi keutamaan dalam penyusuan ini ialah konsep demand vs supply. Ibu perlu kerap menyusukan bayi, mengosongkan payudara dan mengutamakan diet yang seimbang.

Pemilihan makanan untuk menambahkan susu ibu

Ada sesetengah ibu bertindak dengan cara mengamalkan suplemen. Macam saya sendiri,  terus terang saya katakan semasa menyusukan anak kedua saya memang tak kenal suplemen. Cuma semasa hamil anak ketiga barulah saya mengambil suplemen atas sebab menguruskan rumah tangga sendirian. Semasa penyusuan anak kedua saya tinggal bersama ibu bapa jadi selesa banyak kerana semuanya tersedia dan tidak mengamalkan sebarang suplemen cuma mengharap pada sumber makanan sahaja.

Cadangan sumber makanan yang menambahkan susu ibu

Bagi sesetengah orang mungkin makanan ini serasi dengan tubuh mereka namun tidak bagi sesetengah yang lain. Antara tips yang berguna ialah menikmati makanan dengan rasa bersyukur dan gembira akan dapat merangsang pengeluaran susu ibu dengan meriah. 
  • Kurma - dimakan begitu atau dikisar dengan susu
  • Oat - dibuat bubur atau minuman bergantung atas kreativiti ibu-ibu 
  • Longan kering - direbus dan dijadikan minuman 
  • Bayam dan sawi - digoreng atau masak air
  • Lobak putih - dibuat sup atau digoreng dengan lada hitam 
  • Susu - minum 2 atau 3 gelas
  • Sumber protein - hasil tenusu seperti keju, tauhu, tempe
  • Halba - direndam dan diminum airnya atau dinikmati dengan nasi lemak 
  • Minuman malt - horlick, Milo dan sebagainya 
  • Barli - dibuat air atau bubur
  • Jintan hitam / habbatus sauda - direndam dan diminum airnya.
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Amalan untuk menambahkan susu ibu 

  • Urutan
Mengurut payudara sebelum mengepam 
Membuat urutan keseluruhan badan untuk melancarkan edaran darah sekurang-kurangnya sebulan sekali. 
  • Pam sekerap yang mungkin 
  • Membaca zikir Ya Matin ( Maha Sempurna KekuatanNya) 70x setiap hari.
  • Membaca doa agar dipermudahkan penyusuan
  • Membaca selawat dan basmalah sebelum menyusu dan mengepam. 
  • Membaca surah al Baqarah ayat 60 sambil meletakkan tangan di payudara.
  • Membaca surah Al-Kauthar

Elakkan :

  • Minuman berkafein 
  • Minuman bergas
  • Minuman berais 
Bertenang semasa penyusuan atau pengepaman dan fikirkan sesuatu yang indah dan menggembirakan. Bersyukur dan yakin bahawa REZEKI SEMUANYA DARI ALLAH SWT


 ** These statements have not been evaluated by the
Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

 Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram