Menu Jus untuk Kesihatan

Saturday, October 25, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Salam sayang buat semua pembaca,

Resepi Jus Sihat 




Hari ini nak berkongsi Resepi Jus untuk Kesihatan anda. Entri semalam dah berkongsi tentang khasiat jus, kan?

Tapi sebelum tu, tau tak sebenarnya kos untuk menyediakan jus yang segar adalah sangat tinggi? Kalau nak sihat punya pasal, takkan nak berkira kan? Kesihatan tak dapat dijualbeli tau. Sebab itu, kita perlu mensyukuri nikmat sihat sebaik-baiknya. Maka, cara bersyukur ialah dengan menjaga kesihatan!!

Tips Penyediaan Jus

Memanglah minum jus menyihatkan. Namun, pemilihan buah atau sayur perlulah mengikut saranan hidangan yang sesuai seperti saranan Malaysian Dietary Guidelines 2010. Pengambilan yang berlebihan hanya akan meningkatkan kalori justeru ia menambahkan berat badan sahaja.


Diabetes:

Buah mengandungi gula semulajadi. Sekiranya diambil berlebihan, paras gula akan naik mendadak. Ini tidak baik untuk kawalan gula.
Dicadangkan agar jus yang dibuat hanya menggunakan sejenis buah dan boleh digabungkan dengan sayur khususnya jenis daun kerana sayur tidak menambahkan gula.

Penyakit Gangguan Saluran Pencernaan ( Irritable Bowel syndrome) 

Bagi masalah ini, pesakit digalakkan untuk mengambil diet rendah FODMAPs ( fermentable oligosaccharides, disaccharides, monosaccharides and polyols).  Buah-buahan seperti epal, pir, tembikai dan lain-lain perlu dielakkan bagi mengurangkan simptom seperti angin, sakit perut, cirit-birit dan sebagainya. Adalah digalakkan untuk pengambilan buah-buahan yang sesuai. 

Penggunaan Ubat Cair Darah

Ubat cairkan darah atau warfarin mempunyai kaitan dengan Vitamin K. Warfarin bertindak untuk melambatkan aktiviti Vitamin K dalam pembekuan darah. Sayuran berdaun hijau kaya dengan Vitamin K. Maka, elakkan membuat jus menggunakan sayur hijau secara berlebihan. Dapatkan nasihat pakar sekiranya anda mengambil ubat ini dan ingin membuat jus.


Cadangan Menu Jus mengikut Masalah Kesihatan :

Diabetes 

  • Jus epal bersama strawberi 
  • Jus pir bersama plum
Diminum setiap hari untuk menurunkan paras gula.

Obesiti 

  • Oren bersama lemon dan saderi 
  • Oren bersama mangga dan pear
Amalkan jus ini untuk mengurangkan lemak-lemak degil.

Kesuburan 

  • Jambu batu bersama saderi dan buah naga
  • Anggur bersama avokado, susu,madu
  • Anggur bersama lobak merah 

Jerawat 

  • Oren bersama mangga
  • Tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun
Anda juga boleh mencampurkan dengan susu, yogurt, kekacang, kurma atau apa sahaja untuk keseimbangan nutrien yang diperlukan. 
Selamat mencuba!!!!



Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram