Masalah Kurang Susu dengan Teknik Power Pumping

Monday, October 13, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Assalamualaikum...

Cer teka gambar apa tu?? Haa bagi yang up-to-date mestilah dah tau..ada juga yang tak tau..tu pam susu namanya..tapi jenis manual. Inilah pam yang diguna masa mula-mula dapat anak pertama. Gigih mengepam waktu dah mula bekerja. Tapi masa tu ilmu belum penuh di dada. Jadi, bila susu dah mula kurang,  mulalah nak stres dan rasa 'give up. Lagipun, masa tu jugak dah kena cucuk bagi anak susu formula. Dan demi menjaga hati kuturutkan juga.

Tapi bila 'time' anak kedua dah mula insaf. Apa orang nak kata, kupekakkan telinga. Orang memang boleh cakap sebab bukan dia yang menyusukan anak kita. Masa inilah kugali sedikit demi sedikit ilmu tentang penyusuan. Pam manual pun di'upgrade' kepada jenis elektrik dan 'upgrade' lagi kepada yang mudah alih. Guna juga tangan baru tau nama kaedah Marmet. Alhamdulillah, setiap anak tu ada rezeki yang Allah kurniakan. Kumenumpang je rezeki anak. Semoga zuriat-zuriat keturunanku menjadi insan soleh dan solehah.

Andai dapat
Kuundurkan putaran dunia

Tapi dah terlewat. Masa nak mengepam susu untuk anak yang sulung dulu, memang le lenguh. Stresnya jangan cakap. Sebab tu susu tak berapa nak keluar. Sampai menangis- nangis. Tapi kuatkan semangat juga cuma semangat tu kejap je. Mengalah jugak bagi susu tepung.

Jadi, bagaimanakah ibu-ibu yang mengalami masalah seperti saya dulu untuk mengatasinya? 

Jawapannya Teknik Power Pumping. 

Apakah Power Pumping? 

Ia merupakan teknik yang digunakan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Kaedah ini diaplikasi seperti cara bayi menyusu. Ia lebih berkesan jika menggunakan Pam untuk memaksa susu keluar seperti sedang menyusukan bayi. Kaedah ini akan memberi arahan kepada tubuh ibu untuk menghasilkan susu. Hormon prolaktin dan oksitosin memainkan peranan dalam peranan memberi arahan tersebut. Jika bayi semakin kuat menyusu, ia akan merangsang kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon prolaktin untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Bagaimana cara melaksanakannya?

  • Single pump - pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian sebelah kiri selama 10 minit. Ulangi pengepaman sebelah kanan selama 10 minit dan diselang-seli dengan payudara sebelah kiri selama 10 minit selama 1 jam.

  • Double pump - pam kedua-dua payudara serentak selama 10 minit kemudian rehat 10 minit. Ulangi pengepaman 10 minit dan rehat 10 minit secara berterusan selama 1 jam.

Bilakah waktu yang sesuai untuk power pumping? 

Teknik ini boleh dilakukan pada bila- bila masa senggang kita. Tapi sebaik-baiknya ialah pada waktu tengah malam hingga awal pagi. Pada ketika ini, hormon untuk penghasilan susu ibu paling tinggi. Keadaan ibu juga lebih rehat dan tenang untuk melancarkan pengeluaran susu ibu. 

Siapakah yang sesuai untuk teknik ini?

  • Ibu yang mula merudum susunya - akibat haid, hormon tak stabil, emosi terganggu dan sebagainya. 
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang berhenti menyusukan dan ingin kembali menyusukan semula anaknya.

Bila dah amalkan teknik ini mungkin hasilnya berbeza-beza mengikut badan masing-masing. Ada yang cepat ada yang lambat kesannya. Pokok pangkalnya dalam setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada kesabaran yang tinggi dan istiqamah. Berfikiran positif juga penting di samping memperbanyakkan amalan Rohani seperti berzikir, mengaji, dan juga berdoa.
Pastikan ibu-ibu juga:
  • Mengambil makanan yang seimbang 
  • Minum air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter
  • Mendapatkan rehat yang cukup 
  • Sentiasa positif 
  • Jika perlu ambil suplemen 
Semoga entri ini memberikan manfaat khusus untuk anda yang eksklusif menyusukan bayi anda. 


 Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEE dengan segera!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram