Masalah Kesihatan Mental : Skizofrenia

Saturday, October 11, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Baru tersedar rupanya semalam ialah hari kesihatan mental sedunia yang disambut pada 10 Oktober pada setiap tahun. Lambat dapat info tu disebabkan masalah jalur lebar yang tak berapa nak lebar walaupun menetap di kawasan bandar.
( Siapa patut dipersalahkan???  Hehehe). Masalah line Internet ni pun boleh jadi punca masalah kesihatan mental tau! Orang boleh meroyan kalo line slow mengalahkan siput.



Berbalik pada isu kita hari ini tentang Skizofrenia. Tau tak apa tu Skizofrenia???  Kalau jenis yang kuat tengok tv wayang omputih tu mungkin tau la..dan sejak kebelakangan ini pun pengarah-pengarah tempatan kerap menghasilkan drama/filem yang ada unsur-unsur masalah mental. Skizofrenia juga dikira sebagai masalah kesihatan mental tau.

Skizofrenia sebenarnya berasal dari bahasa Greek iaitu schizo yang bermaksud memecahkan manakala phrenia bermaksud minda. Skizofrenia dikira sebagai satu penyakit mental yang amat serius. Penyakit ini memberi kesan yang berpanjangan terhadap pesakit dan juga ahli keluarganya.

Bagaimana nak tau tanda-tanda kalau seseorang itu mengalami Skizofrenia???

  • Susah tidur pada waktu malam
  • Sukar memberikan penumpuan 
  • Mudah lupa
  • Sering gementar dan berasa risau sepanjang masa
  • Berhalusinasi; kerap terdengar suara-suara bisikan dan juga bayangan 
  • Mengalami delusi atau mempercayai sesuatu yang sukar dipercayai oleh orang lain
  • Pemikiran yang bercelaru 
  • Lebih gemar bersendirian dan menjauhi orang lain 
  • Keadaan diri yang tidak terurus 
  • Hilang pertimbangan dan tidak boleh menjalankan tugas

Punca sebenar Skizofrenia tidak dapat dikenalpasti dengan lebih tepat. Namun begitu, risiko untuk mengalami Skizofrenia adalah lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang terdekat pernah mengalaminya. Contohnya, kebarangkalian seorang kembar yang seiras untuk mendapat Skizofrenia ialah 50% jika pasangan kembarnya mengalami masalah ini. Manakala seorang anak kepada pesakit Skizofrenia ini berisiko 10% untuk mendapatnya. Secara umum, hanya 1% individu berisiko untuk mendapat masalah ini atau seorang daripada 100 orang.

Rawatan Skizofrenia 

Biasanya rawatan untuk pesakit Skizofrenia melibatkan ubat-ubatan anti-psikosis, sesi kaunseling,  rehabilitasi dan sokongan sosial dan ahli keluarga. Setiap bentuk rawatan tersebut sangat penting kerana tiada ubat moden yang benar-benar boleh menyembuhkan Skizofrenia ini.

Ubat anti-psikosis yang dideskripsi untuk pesakit skizorenia ini hanya membantu merawat simptom seperti halusinasi dan paranoia.

Rawatan seperti kaunseling, rehabilitasi dan sokongan pula membantu pesakit untuk membina semula keyakinan mereka dan membolehkan mereka bergaul semula dengan masyarakat sekeliling.

Rawatan Skizofrenia menurut al Quran 

Tidak mustahil jika suara-suara halus yang didengari oleh pesakit skizofrenia ialah gangguan makhluk halus. Dan ayat-ayat al Quran ialah sebaik-baik penawar untuk membuang gangguan tersebut. Menurut Hj Lokman, pemilik dan juga perawat di Pusat Rawatan Islam al- Hidayah, sekiranya terdapat pesakit skizofrenia mereka akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengetahui jika ada gangguan makhluk halus. Antara ayat-ayat yang diminta untuk pesakit amalkan ialah :
  • Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  • Surah al-Baqarah ayat 244 hingga 255
  • Surah al-Hijr ayat 66 hingga 99
  • Surah al-Hajj ayat 73 hingga 78
Nak tau cara nak amal ayat ni boleh terus ke blog Hj Lokman: Pusat Rawatan al Hidayah 

Seandainya perkara sebegini berlaku kepada insan yang tersayang atau sesiapa sahaja, hulurkan tangan dan dekati mereka kerana mereka tidak sedar perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ubat-ubatan juga penting untuk mengurangkan simptom dan sebagai orang Islam kita jangan berputus asa dan terus berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan percaya Al Quran yang Allah turunkan itu ada penawarnya.

Selamat Berhujung Minggu!!


Bagi anda yang ingin mendapatkan HARGA AHLI Klik CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA dan DAFTAR SHAKLEEdengan segera!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui: 
 ♥Shaklee ID 964127 
♥NOORASMAH KARIM 
♥Contact :019-7399253 
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522 
♥FB Page: Ibusrikandi 
https://www.facebook.com/pengedarvitaminseremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

4 comments

  1. Salam singgah....

    Perkongsian yang baik ....

    Saya setuju dengan anda. Kalau line mcm siput. Mmg bole kena sakit mental. Silap2 bukan mental je sakit, jiwa pun boleh sakit. Hahaha

    ReplyDelete
  2. info yang bagus...thanks ye..

    Jom baca info ini >>
    http://bit.ly/1sqLgui

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram