Makan-makan dengan Keluarga

Friday, October 31, 2014

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN Asma El Kareem | Trusted Independent Distributor | 019-7399253 | 014-2069522

Dah lama betul tak makan besar di luar. Kebetulan suami baru balik outstation. Mak dan abah mentua datang ke seremban dengan adik- adik. Jadi, kami putuskan untuk makan besar di luar.

Lepas maghrib, terus bersiap bergerak ke Restoran Kipas Besar. Tu nama glamor yang orang panggil. Nama sebenar Sakura Kristal. Saja je bawa mak abah ke situ. Ubah suasana.

Ambien restoran tu memang ada kelas. Selesa. Nampak mewah. Tapi agaknya tak kena dengan tekak orang tua kan. Kubedal je. Mushroom sup tak menghampakan.

Tempat begini memang seronok la bagi adik-adik yang suka mencuba masakan barat. Anak-anakku tak lari daripada meng'order aiskrim. Abang pula makan char kuey teow.

Tapi tulah kalau makan besar ni aku lagi suka makan ikan bakar. Baru ada kelas kalah masakan barat. Kalau dah tekak Melayu tu!! Tak boleh lari daripada nasi. Cuma tak habis teroka kawasan senawang ni..Tapi syok makan ikan bakar ni biar dekat dengan pantai. Ikan, udang, sotong lagi segar.

Nak ke Port Dickson jauh sangat. Kesian kat abah nak memandu balik ke Muar. Mungkin ada Rezeki lain. ( Makan kat Sabak Awor lagi best!!)

Jadi, rating nak bagi kat Sakura Kristal ni 3 bintang dari lima bintang. Tu kira tekak ku. Rekemended la untuk anda yang bergaji 5 bintang nak makan kat sini. Tapi puas la dapat rasa nikmat angin kipas besar!!!


Untuk sebarang pertanyaan/konsultasi dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:
♥Shaklee ID 964127
♥NOORASMAH KARIM
♥Contact :019-7399253
♥SMS/WhatsApp : 014-2069522
♥FB Page:
Ibusrikandi
Pengedar Vitamin Seremban 
♥Email : nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Saya dah lama tak gi makan besar dengan family, kerana kesibukan masing-masing yang tak boleh ditinggalkan ...insaaAllah bila dah berkumpul semua..kami akan makan besar juga.

    ReplyDelete

Apa Kata Anda

Instagram